kewujudan kubur 1 malaysia...apa cer nih weh...?






Video rakaman kubur ‘1 Malaysia’ yang dipercayai wujud di Daerah Tanjung Agas, Pekan menimbulkan pelbagai persoalan warga pengguna media sosial.

Kontroversi rakaman video berdurasi lebih dua minit itu menunjukkan kawasan kubur yang jelas bercampur aduk kedudukannya di antara kubur pengganut Cina, Kristian dan Orang Islam.

“Kelihatan kubur 1 Malaysia di Daerah Tanjung Agas, Pekan. Di hadapan saya ini adalah kubur Kristian, dan ini adalah jirat cina dan ini adalah kubur Islam.

“Di dalam kubur cina itu juga terdapat satu kubur orang Islam. Fikir-fikirkan dan timbang-timbangkanlah,” kata perakam video berkenaan.

Menurut maklumat, rakaman tersebut sebenarnya merupakan video lama yang dirakaman sekitar tahun 2012.

Rata-rata pengguna alam maya mempersoalkan bagaimana perkara seperti ‘Kubur 1 Malaysia’ ini boleh wujud dan terdapat maklumat yang mengatakan ia merupakan tanah perkuburan kaum arang asli dari suku Jakun.

Seperti mana yang kita tahu, kebanyakkan penduduk orang asli di kawasan Pekan mempunyai pelbagai latar belakang agama.

Ada yang memeluk Agama Islam, Kristian serta Buddha, dan perkara ini mungkin merupakan punca mengapa ‘Kubur 1 Malaysia’ ini wujud.

Apa-apa pun, perbuatan mencampuradukkan  tanah perkuburan orang Islam dan orang bukan Islam ini adalah dilarang di dalam Islam.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI