periuk tekanan boleh jadi bom....?...skuad bom telah musnahkan sebuah periuk tekanan yang di tinggalkan




SEBUAH periuk tekanan yang terdapat di dalam sebuah kereta kosong dimusnahkan oleh pasukan pemusnah bom di Washington kelmarin.


WASHINGTON – Pasukan pemusnah bom memusnahkan sebuah periuk tekanan yang ditinggalkan di dalam sebuah kereta di sini kelmarin, kata pihak berkuasa.

Jurucakap Jabatan Polis Capitol Amerika Syarikat (AS), Leftenan Kimberly Schneider memberitahu media bahawa pegawai bertugas menyedari kereta kosong itu berada di taman National Mall dekat bangunan Capitol.

Rakaman video stesen televisyen tempatan memaparkan skuad bom yang dibantu robot menghampiri kenderaan itu, manakala beberapa minit kemudian, periuk itu dimusnahkan dengan teknik letupan terkawal.

Pemilik kereta itu kemudian ditahan dan didakwa kerana memandu semasa lesennya digantung. Tiada sebarang bahan berbahaya dijumpai di dalam kereta tersebut.

Bom periuk tekanan digunakan dalam insiden pengeboman maraton Boston pada tahun 2013


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI