bertemu semula ibu kandung selepas 41 tahun berpisah



Chile – Seorang bercakap bahasa Chile sementara seorang lagi bercakap bahasa Inggeris. Tetapi ia bukan halangan kepada Travis Tolliver, 41, untuk berkomunikasi dengan ibunya, Nelly Reyes, selepas dia dirampas daripada wanita itu beberapa jam selepas dilahirkan.

Reyes, 61, kehilangan anaknya itu selepas dia dimaklumkan oleh kakitangan hospital bahawa bayi yang dilahirkan itu mengalami masalah jantung dan meninggal dunia.

Ketika itu Reyes hanya berusia 19 tahun tetapi dia tidak pernah melihat mayat anaknya itu dan tidak mendapat sijil kematian.

Tiada orang yang mengetahui siapa yang mengambil Tolliver tetapi dia telah dibesarkan di Tacoma, Amerika Syarikat.

Tolliver serta keluarga angkatnya sendiri tidak mengetahui keadaan sebenar malah Tolliver menganggap ibunya sengaja meninggalkannya.

“Saya mula mengetahui mengenai perkara ini selepas melayari laman web pen pal dan berbual dengan penduduk Chile.

“Ketika itu barulah saya mengetahui bahawa bayi dicuri daripada ibu mereka yang tidak berkahwin sekitar 1960-an, 70-an dan 80-an,” katanya yang kemudiannya telah mencetuskan keinginan untuk mencari ibu kandungnya.

Tolliver telah menemui laman web Chile Adaption Birth Family Search dan memberikan semua maklumat mengenai dirinya.

Dalam masa tiga atau empat minggu mereka telah menemui ibu kandungnya.

Tolliver kini bercuti di Chile dan dia juga sedang mengumpulkan wang untuk membawa bersama isteri dan dua anaknya ke Chile untuk bertemu keluarga kandungnya

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI