5 Bendi RM20...restoren kayu nasi kandar perompak pelangan di siang hari....?




Salinan bil yang , didakwa restoran Nasi Kandar terbabit sebagai kesilapan teknikal.


GEORGETOWN – Sebuah restoran nasi kandar terkenal di Bukit Jambul di sini diberi notis untuk penjelasan berhubung isu lima biji bendi yang didakwa dijual dengan harga RM20.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang Chin Ching Chung berkata notis itu dikeluarkan semasa pemeriksaan di restoran berkenaan pagi kelmarin.

“Pemeriksaan itu dijalankan selepas perkara berkenaan menjadi viral di laman sosial. Notis dikeluarkan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bagi memberi peluang kepada peniaga untuk mengemukakan penjelasan dalam tempoh tiga hari sebelum tindakan penguatkuasaan diambil,” katanya.

Dimaklumkan ia adalah kesilapan teknikal dan jika benar pihak restoran perlu buktikan, 

Sementara itu, jurucakap restoran itu menjelaskan sebiji bendi sebenarnya dijual pada harga 40 sen dan menyifatkan isu itu sebagai ‘salah faham’ kerana berlaku kesilapan teknikal di pihak juruwang.

Beliau berkata pihaknya telah meminta pelanggan berkenaan tampil membuat tuntutan bayaran balik menerusi laman Facebook namun, belum menerima sebarang maklum balas setakat ini.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI