ini yang negara kita tak ada....kalau ada hanya sandiwara semata mata...kakitangan awam China diarah lawat penjara




SERAMAI 70 pegawai kerajaan China dibawa melawat ke penjara sebagai satu usaha membanteras aktiviti rasuah di wilayah Hubei, China baru-baru ini.

BEIJING – Sebilangan pegawai China dihantar menyertai lawatan ke penjara dengan menemui banduan termasuk bekas rakan se­kerja mereka sebagai amaran supaya tidak terlibat dengan rasuah, menurut akhbar China Daily kelmarin.

Lebih 70 pegawai dan pasangan mereka di wilayah Hubei, tengah China meluangkan masa sehari di penjara pada bulan ini sebagai amaran dan pendidikan untuk mereka, lapor China Daily.

Menurutnya, para peserta dibawa bertemu dengan 15 bekas pegawai kerajaan yang sedang menjalani hukuman penjara di institusi tersebut.

China yang diperintah parti Komunis itu berikrar untuk membanteras rasuah dengan beberapa bekas pegawai kanan kerajaan turut disiasat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun begitu, masih belum ada pembaharuan yang menyeluruh, manakala kawalan ketat media dan sistem kehakiman menyebabkan kempen itu berisiko digunakan untuk tujuan politik.

Akhbar itu memetik Suruhanjaya Pusat Pemeriksaan Disiplin (CCDI) sebagai menyatakan, lawatan ke penjara itu melibatkan pegawai kerajaan di seluruh negara.

“Ia akan mendorong mereka agar menyedari akibat terjebak dengan rasuah,” kata jurucakap CCDI.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI