pemandangan ini biasanya di jumpai di malaysia....rupanya di england pun ada...!!!




SALAH satu kereta yang diparkir di garisan kuning.

YORKSHIRE BARAT, Britain – Beberapa keping gambar yang disiarkan di portal Huddersfield Daily Examiner baru-baru ini menunjukkan pemandu di pekan kecil itu seolah-olah tidak tahu bagaimana cara sepatutnya meletak kenderaan.

Menurut portal tersebut, mereka meminta peminat di laman sosial Facebook mengirimkan gambar cara kenderaan diparkir dan hasilnya amat mengejutkan.

“Daripada gambar-gambar yang diterima, kami menyimpulkan bahawa pemandu di Huddersfield meletak kenderaan sesuka hati mereka,” kata portal itu.

Antara gambar yang ada termasuklah meletak kenderaan di garisan kuning, tempat parkir orang kelainan upaya (OKU) dan tidak memasukkan kereta ke dalam garisan parkir yang ditetapkan.

Malah, ada juga pemandu yang bertindak meletak kenderaan di laluan yang menghalang pengguna untuk keluar masuk.

“Sesetengah mereka benar-benar tidak berfikir sebelum meletak kenderaan,” komen seorang pengguna di portal tersebut.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI