penerbangan tertangguh gara gara kura kura sesat di landasan




SEEKOR kura-kura yang sesat di landasan salah sebuah lapangan terbang paling sibuk di dunia menyebabkan beberapa jadual penerbangan terpaksa ditangguhkan.

Beratus-ratus penumpang bagi penerbangan British Airways dari Lapangan Terbang Gatwick di London terkandas apabila sebuah pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Orlando mengambil masa untuk mendarat.

Pesawat tersebut terpaksa membuat pusingan di ruang udara di atas landasan sementara mendapatkan lampu hijau untuk mendarat apabila kura-kura itu mengambil masa untuk beredar dari landasan.

Sekurang-kurangnya dua lagi penerbangan sepatutnya mendarat ketika itu turut terjejas.

Laman web berita penerbangan AirLive.net memuat naik berita berkenaan di laman sosial Twitter sehingga mengundang banyak komen lucu daripada pengikutnya.

Jay Bee menulis di Twitter: "Mereka (kura-kura) sentiasa berjalan lembap.

Lee Halford pula berkata: "Buat pusingan menghampiri kura-kura itu. Penumpang pasti akan terkejut besar."

Ketua latihan penerbangan British Airways, Dave Thomas berkata: "Ini adalah pertama kali kita mendengar seekor kura-kura berada di landasan tetapi juruterbang terlatih kita masih perlu memastikan penerbangan tiba awal

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI