ovari rosak selepas makan supplement






SESAL dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.. itulah yang ingin disampaikan oleh seorang wanita, Nur Farina Abdullah kepada semua kaum Hawa atas pengalaman hitamnya.

Untuk pengetahuan anda, Farina pernah menjadi mangsa kesan sampingan satu produk makanan tambahan yang juga merupakan duta kepada produk kesihatan berkenaan.

Namun, atas rasa tanggungjawab Farina tampil mendedahkan kepada semua wanita agar berhati-hati mengamalkan makanan tambahan yang boleh memudaratkan kesihatan kelak.


Ikuti luahan Nur Farina Abdullah…

Saya pernah ditawarkan menjadi duta pada satu produk yang saya sendiri tak pernah guna. Sudahnya saya yang ajar penjual jangan menipu.

Bagi saya cuba dulu untuk 2-3 bulan dan lihat hasilnya. Memang untuk 2-3 bulan pertama saya guna terlihat hasilnya dan saya terima tawaran itu.

Namun masuk bulan ke 4-5 saya sudah mula mendapat maklumat dari sumber yang dipercayai bahawa produk yang saya gunakan itu berbahaya dan hanyalah diambil dari kilang yang dicampur bahan perasa serta glukose menjadi serbuk.

Saya berhenti menggunakannya dan tarik diri dari jadi duta walau bayaran yang saya terima agak lumayan. Namun bukan wang saya lihat, tetapi kesannya pada pengguna lain. Saya tak sanggup menipu kerana fikir dosa pahala dan juga keberkatan.

3 minggu lepas tiba-tiba saya sakit dan doktor kata ovari saya rosak hingga terpaksa dibuang. Bila disoal apa yang saya makan? Saya tak boleh nak sebut sebab saya rasa sangat bodoh makan benda bukan-bukan.

Walau baru makan tak sampai setahun tapi kesannya sangat dahsyat.

Tokei terus diam seribu bahasa tanpa ajak bersemuka tahu-tahu sekarang dutanya sudah orang lain yang saya yakin lebih mementingkan duit, glamor tanpa fikir bahaya pada pengguna lain.

Jika saya boleh berdepan dengan situasi begini, agak-agak tuan puan, lambakan produk yang ada dipasaran menggunakan duta sama ada dari golongan artis atau bukan artis itu benar-benar jujur atau kerana wang semata-mata?

Sekadar berkongsi pengalaman saya sendiri.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI