wanita kulit putih bela pasangan islam yang di tuduh sokong pejuang IS



SYDNEY – Seorang gadis berkulit putih di sini berani mempertahankan satu pasangan beragama Islam yang dituduh sebagai penyokong kumpulan pejuang Islamic State (IS) ketika mereka menaiki sebuah tren komuter baru-baru ini.

Wanita tersebut, Stacey Eden, 23, berkata, seorang warga emas yang duduk di hadapan pasangan itu mendakwa mereka merupakan penyokong IS hanya kerana wanita itu berhijab.

“Dia memakai hijab untuk dirinya, kerana agamanya. Tolong hormat orang dan tutup mulut anda jika tiada kata-kata yang baik untuk diungkapkan,” katanya.

Stacey yang telah memuat naik rakaman video itu di laman sosial Facebook menyebabkan video itu kini menjadi viral selain mendapat pujian dalam kalangan orang Islam dan bangsa lain di seluruh dunia.

“Terima kasih. Ia merupakan satu tindakan yang membanggakan apabila anda mengetahui mengapa wanita itu memakai tudung. Anda seorang yang hebat,” kata seorang pengguna, Mudassar Mumtaz Khokhar.

Sementara itu, pihak polis meminta mangsa tampil untuk membuat laporan polis.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI