fenomena winter sonata...sekuelnya akan kembali dan apakah nostalgianya akan bersambung kembali...?



KALAU ditanya kepada peminat drama Korea di negara ini apakah drama pertama pernah ditonton mereka yang menjadi kenangan yang tak mudah di lupakan , tentu rata-rata pasti akan mengatakan ianya adalah Winter Sonata.

Inilah drama Korea pertama paling berjaya mencuri hati mereka untuk melayan karya seni dari negara Asia Timur itu.

Winter Sonata yang mula ditayangkan di saluran tv tempatan pada 2002 mencetus fenomena tersendiri di Malaysia apabila menjadi perintis kepada lambakan drama Korea selepas itu.

Satu berita baik buat peminat Winter Sonata, pihak produksi drama itu mengatakan ianya bakal kembali dengan sekuel yang sudah dirancang oleh pihak mereka.

Ketua syarikat pengeluaran Pen Entertainment, Park Young Suk mengatakan, “Kami telah berkumpul bersama semua yang terlibat dalam Winter Sonata untuk sekuel ini. Sekarang team produksi dalam proses menjana idea untuk jalan ceritanya.”

Winter Sonata yang dibintangi oleh Bae Yong Joon dan Choi Ji Woo bukan sahaja mencetuskan fenomena tersendiri malah sejak drama itu ditayangkan di Malaysia, bilangan pelancong tempatan ke Korea meningkat gara-gara tertawan dengan panorama cantik yang diselitkan dalam drama terbabit.

tapi apakah sekuelnya mampu menandingi nostalgia yang di bawa  oleh winter sonata  yang asal...sama sama lah kita tunggu dan lihat


winter sonata  yang asal






About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI