tak pe memiliki lidah paling lebar tapi jangan lidah bercadang

anak beranak miliki lidah paling lebar di dunia




EMILY dan bapanya diiktiraf sebagai wanita dan lelaki yang memiliki lidah terlebar di dunia oleh Guinness World Records baru-baru ini.

NEW YORK – Seorang bapa dan anak perempuannya di sini memiliki lidah terlebar di dunia sekali gus diiktiraf dalam Guinness World Records baru-baru ini.

Byron Schlenker, 47, memiliki lidah selebar 8.6 sentimeter (sm) iaitu 2sm lebih lebar berbanding seunit iPhone 6, manakala anaknya, Emily, 14, yang memiliki lidah selebar 7.3sm turut diiktiraf sebagai wanita yang memiliki lidah terlebar di dunia. Saiz normal lidah manusia biasanya antara 4sm hingga 5sm.

Menurut Byron, dia menyedari memiliki lidah luar biasa itu selepas mengambil satu salinan buku Guinness World Records ketika membantu Emily menyiapkan satu projek sekolah di perpustakaan.

“Sewaktu membelek-belek beberapa halaman buku itu, saya melihat seorang warga Australia mencatat rekod dunia kerana memiliki lidah selebar 7.9sm.

“Dari situ, saya mula terfikir untuk mencatat rekod yang sama memandangkan saya dan Emily turut memiliki lidah yang lebar namun, kami tidak pernah mengukurnya,” katanya.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI