tabiat cemar makanan yang boleh maut




Tahun ini Food Safety atau “Keselamatan Makanan” dipilih oleh Pertubuhan Makanan Sedunia (WHO) untuk dijadikan tema Hari Kesihatan Sedunia.

Setiap tema yang diangkat oleh WHO merupakan isu kesihatan sejagat yang perlu diberi perhatian, sekaligus menandakan masyarakat dunia semakin perlu hati-hati dalam memilih makanan yang bakal masuk ke perut mereka dan keluarga.

Adakah ini petanda semakin banyak makanan ‘tidak selamat’ terhidang di rak kedai menanti masa menemui pengguna?

Benar terdapat banyak kes melibatkan makanan luar seperti makanan dalam tin atau dimasak penjaja yang mempunyai isu melibatkan kes keracunan namun perkara asas yang perlu diketahui adalah memastikan keselamatan makanan bermula dari diri anda sendiri.

Hal ini kerana kesilapan kecil boleh membawa kepada tragedi melibatkan makanan.

Satu fakta yang harus diambil berat adalah kuman seperti Salmonella hanya perlu berada pada 15 hingga 20 sel sahaja dalam makanan kurang masak untuk jadi penyebab keracunan.

Manakala jika secubit makanan dicemari toksin botulinum masuk ke dalam perut, ia sudah cukup untuk buat manusia lumpuh atau mati.

Di bawah ini  senaraikan tabiat yang mungkin biasa kita lakukan sehari-hari tapi sebenarnya merupakan satu KESALAHAN kerana ia boleh mencemar makanan bakal dijamah seterusnya membuat diri sendiri mahupun keluarga tersayang jatuh sakit...!

Kesalahan #1:

Merasa makanan sama ada ia masih boleh dimakan ataupun tidak.
Mengapa: Jangan fikir rasa yang tak terlalu berubah bermakna tiada bakteria yang sudah pasti anda tak mampu lihat guna mata kasar. Walau cuma secubit, makanan yang dijangkiti bakteria boleh membuat anda jatuh sakit.
Penyelesaian: Buang makanan yang disyaki tak lagi elok sebelum bakteria membiak padanya.

*Pastikan anda tahu carta tempoh hayat makanan termasuk yang disimpan dalam peti sejuk.

Kesalahan #2:

Meletak daging yang sudah dimasak berhampiran daging mentah (dilakukan ketika barbeku misalnya).

Mengapa: Kuman yang terdapat pada daging mentah dengan mudah berpindah kepada daging yang sudah sedia untuk dimakan.
Penyelesaian: Sentiasa gunakan pinggan asing untuk meletak daging mentah dengan yang sudah masak, begitu juga halnya dengan telur dan makanan laut.

Kesalahan #3:

Membiarkan makanan mencair pada suhu bilik.
Mengapa: Kuman berbahaya boleh membiak dengan mudah dan cepat pada suhu bilik.
Penyelesaian: Cairkan makanan dengan mengubahsuai suhu peti sejuk, menggunakan air sejuk atau gelombang ketuhar.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI