phobia dengan gerakan islam...nama ribut Isis di tukar nama









GENEVA – Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) berpusat di sini pada Jumaat akhirnya menukar nama Isis kepada Ivette dalam daftar baharu senarai 24 ribut tropika yang bakal membadai timur Pasifik pada 2016.

Keputusan dibuat panel penamaan Jawatankuasa Hurikan WMO yang bermesyuarat di Costa Rica semalam, kata jurucakap agensi kaji cuaca antarabangsa di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Clare Nullis.

Asalnya, Isis sudah lama dipilih sejak 2012 bagi merujuk nama dewi terkenal zaman Mesir purba dan diletakkan sebagai nama ribut tropika kesembilan untuk abjad rumi I dalam daftar 2016 antara Howard dan Javier.


Namun, mesyuarat terbaharu panel WMO memutuskan nama itu diubah kepada Ivette bagi elak disalah anggap ada kaitan dengan kumpulan tpejuang  Islamic States of Iraq and Syria yang juga menggunakan akronim ISIS.

“Pertukaran nama bukan isu baharu, malah WMO tukar Odile untuk daftar huruf O pada 2020 nanti kepada Odaly atas permintaan Mexico yang dibadai teruk ribut itu pada 2014,” kata pakar cuaca, Scott Sutherland.

WMO ujar beliau yang bertugas di Weather Network, turut mengugurkan Katrina, Andrew dan Sandy kerana bimbang ia memberi kenangan pahit kepada jutaan mangsa taufan ganas itu yang trauma mendengar nama itu.


Pusat Hurikan Kebangsaan di Amerika Syarikat (AS) lazimnya mencadangkan nama ringkas dan mudah diingati kepada WMO untuk senarai ribut yang akan membadai utara Lautan Atlantik dan timur Lautan Pasifik.

Bagi barat Lautan Pasifik, 14 negara memberi nama tersendiri untuk rujukan daftar ribut termasuk Malaysia yang pernah guna nama Jelawat, Rumbia, Sepat, Tapah, Nuri, Nangka, Melor, Meranti, Merbok dan Mawar.

Berbeza WMO, PBB selain kerajaan AS pula merujuk ISIS sebagai ISIL (Islamic States of Iraq and Levant) iaitu terjemahan tepat bahasa Arab untuk wilayah Syam manakala agensi berita AP, Reuter dan BBC hanya IS

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI