spesis ahmad maslan....sia sia jadi ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bila sanggup jadi pembodek tegar macam ahmad maslan @ pondan....!!!




Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad hari ini menyelar dakwaan sesetengah pengguna yang semua harga barang kini meningkat.

Beliau sebaliknya menunjukkan kepada media hari ini, statistik penurunan harga barang di seluruh negara pada bulan Mac dan April walaupun selepas pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 6% mulai 1 April.

"Orang ramai mengatakan semua harga barang naik dan sebagainya. Sebenarnya ada harga barang yang turun.

"Contohnya, di Semenanjung, 99 harga barang turun, dan di Sabah, terdapat 147 penurunan harga barang," katanya di ibu pejabat kementerian itu di Putrajaya.
Penurunan harga yang dibentangkan tersebut melibatkan harga barang kering dan basah.

Menurut Alias, walaupun tidak dinafikan terdapat beberapa harga barang yang meningkat, tetapi perbandingan penurunan harga dapat dilihat pada bulan Mac dan April.

"Barang-barang tidak semua naik harga. Bagi barang mentah dan kering, sesetengah barang berkadar sifar.

"Peniaga yang menaikkan harga barang adalah peniaga tidak bertanggjungjawab. Kalau naik harga, kita akan siasat," katanya sambil menambah, kebanyakan pasar raya besar mematuhi kadar yang ditetapkan.

Menurut statistik yang dibentangkan, antara penurunan harga di Semenanjung bagi Mac dan April ialah bagi barangan asas seperti minyak sawit campuran cap Neptune sebanyak (2 sen), telur ayam gred C (54 sen) dan beras cap Rambutan (55 sen).

Alias berkata, punca penurunan harga itu ialah komoditi barangan basah yang sensitif terhadap sebarang perubahan dalam ekonomi dan cuaca.

Katanya, ia kondisi yang diterima dalam menentukan harga kerana kebanyakan barangan basah tidak dikenakan GST.

Juga, katanya, kadar mata wang ringgit turut mempengaruhi harga.

Beliau menegaskan, sebarang peniaga yang ingkar dari mematuhi harga yang ditetapkan akan berdepan pendakwaan di mahkamah.

Katanya, pihak kementerian akan membuat pemeriksaan ke premis yang berkaitan dan mengenal pasti sama ada terdapat mereka yang melanggar Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

"Jadi, mana-mana premis yang menerima notis tersebut daripada pihak kementerian, ia adalah peringkat awal untuk kami ambil tindakan. Pihak kami meberi masa tiga hari untuk peniaga menjawabnya.

"Sekiranya gagal berbuat demikian, peniaga dikira melakukan kesalahan mengikut Seksyen 21 (5) akta tersebut, dan boleh dikompaun atau dituduh di mahkamah dengan izin timbalan pendakwa raya," katanya sambil menambah, tempoh siasatan akan berdasarkan kerumitan sesuatu kes





##




harga barang yang turun tu memang ada GST ke..?...bagi kita satu contoh...kalau sekadar  cakap macam burung tiong...tak de maknanya....barang yg tak de GST boleh la...

Bercakap tanpa fakta ke dato'. Selepas gst pernah turun padang ke dgn membeli di pasaraya. Dulu kata harga pakaian akan turun slps gst. Tapi hakikatnya harga KEKAL . Adakah ni auta atau fakta..

org yg gaji berpuluh ribu mana rasa harga barang naik......monyet betul ..

Turun LA ke bawah baru tahu barang naik ke turun..ini awak dok atas apa yg awak rasa. Setahu kita yg turun cuma hujan je. He he he






About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI