PM tong sampah....dah buat salah berulang kali dan dah di beri peluang sepenggal masih enggan mengaku kalah...memang bingaiii...!!!

Saya tidak akan menyerah kalah, kata Najib




lidah bercadang...dah bagi sepenggal...time untuk turun dah sampai ...masih berdegil....bangsat lu...!!!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam ini menegaskan beliau tidak akan menyerah kalah, malah akan mempertahankan pentadbirannya, walau diasak dan diserang dengan pelbagai kritikan daripada banyak pihak.

Berdepan cabaran paling getir sejak mengambil alih tampuk kerajaan, Najib mempertahankan pentadbirannya, dan berkata ia mendapat sokongan penuh ahli Kabinet dan mengamalkan ketelusan dalam semua perkara.

"Walau dilintang dengan seribu aral, biarpun kita diasak dan dikritik, sebagai sebuah kerajaan yang telus, saya selaku perdana menteri bersama-sama timbalan perdana menteri, dan didokong pula para menteri serta rakan ahli pentadbiran, tidak akan sesekali berganjak atau menyerah kalah, malah akan tetap istiqamah dan terus berjuang, merintis sejuta lagi jalan baru demi kebaktian kepada rakyat dan negara," katanya ketika melancarkan laporan Program Transformasi 2014, malam ini.

Najib ketika ini dilemparkan dengan pelbagai kritikan, malah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga mempersoalkan pelbagai skandal yang menyelubungi Putrajaya.

Najib berkata perjuangan murninya tidak keseorangan, malah tidak pernah hilang haluan dan menggesa orang ramai bekerjasama bagi memastikan negara maju.

"Lantas, selagi cita-cita murni tidak padam, kita tidak keseorangan, tidak pula hilang haluan dan pedoman.

"Ayuh, ayuhlah, bersama-sama berganding atas roh perjuangan yang sama, kita terus menuju ke hadapan, ke arah Malaysia yang maju lagi disegani di persada dunia," katanya.

Dalam ucapannya, Najib berkata Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) pada 2014 sudah melepasi sasaran yang ditetapkan di bawah pentadbirannya.

"Sukacita juga, saya melaporkan pada 2014, berkat usaha yang bersungguh-sungguh, KPI keseluruhan bagi NKRA menjangkau 105%, manakala KPI bagi keseluruhan NKEA pula melebihi sasaran yang dijangka dan berada pada kadar 110%.

"Serentak itu, KPI bagi keseluruhan SRI turut melampaui sasaran yang dihasratkan dan mencecah kadar 120%," katanya.

Menyifatkan pencapaian yang dikecapi pentadbirannya sebagai membanggakan, Najib mengakui terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki khususnya membabitkan kepentingan rakyat.

"Walau yang demikian, seperti yang saya sering ingatkan, kita tidak pernah lalai atau terlupa masih terdapat ruang peningkatan dan penambahbaikan," katanya.

Kebelakangan ini, kritikan dan kecaman terhadap pentadbiran Najib semakin kuat kedengaran, malah ia datang daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyerangnya secara terbuka.

Dr Mahathir menyenaraikan pelbagai tuduhan terhadap Najib dan mendakwa jawapan yang diberikan tidak mencukupi.

Antaranya membabitkan perkara seperti pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan dakwaan salah seorang pembunuh dalam kes itu, Sirul Azhar Umar yang juga bekas pengiring Najib.

Beliau turut membangkitkan skandal syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mencatatkan kerugian hampir RM42 bilion.

Dr Mahathir juga mempersoalkan keborosan dan beberapa polisi yang diperkenalkan Najib yang dianggap merugikan negara dan punca kerajaan Barisan Nasional lemah ketika ini.

Pemerhati melihat keadaan dan kritikan berterusan ini akan memberikan kesan kepada kerajaan pemerintah jika tidak ditangani segera







##



Kalau begitu jelaskan kepada rakyat berkenaan hutang 42 billion 1MDB serta surat guarantee. Bayaran duit BRIM, 3.3 juta yang di bayar kepada individu- individu yang sama lebih daripanda sekali.

Rakyat berhak nak tau pasal perkara- perkara ini dari PM sendiri

Samaada  najib mau  turun  dari jawatan PM secara aman atau mahu di paksa turun di pru yang ke 14...ingat peti keselanatan sabah dan sarawak bukan jaminan baginya .


dah bagi sepenggal...nampaknya sepenggal itulah dia  laki bini memenggal poket rakyat...

Najib mohon lagi sepenggal untuk lebih pembangunan


takkan nak bagi lagi jadi 2 penggal untuk rakyat di penggal sekali lagi....kah kah kah

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI