kehebatan ketam raja alaska bukan setakat harganya yang mahal...





LUQ’MAN HAKIM menunjukkan beberapa ekor ketam raja yang diimport dari Chile.



KETAM raja merupakan spesies paling besar di dunia.


SEBAIK sahaja selesai menjamu selera di sebuah restoran terkemuka di ibu negara, Amir Ahmad terus bergegas ke kaunter untuk membuat bayaran sementara tiga lagi rakannya menunggu di meja.

Selepas meminta bil daripada juruwang, alangkah terkejutnya, apabila harga makanannya yang dimakan bersama rakannya mencecah RM2,000.

Lelaki berusia 29 tahun itu terus bertanyakan juruwang tersebut mengenai harga makanannya itu kerana khuatir berlaku kesilapan ketika memasukkan harga makanan.

“Abang ada makan seekor ketam raja seberat tiga kilogram yang dimasak masam manis. Ketam ini harganya RM64 untuk 100 gram. Sebab itu bil abang mahal,” jelas juruwang tersebut.

Akhirnya, penyelia di sebuah kilang elektronik di Seremban, Negeri Sembilan itu terpaksa meminjam duit daripada rakan-rakannya membayar bil tersebut.

Hal ini kerana, duit yang dibawa oleh Amir tidak cukup untuk membayar bil berkenaan.

Itulah pengalaman pahit yang pernah dilalui oleh bapa kepada dua cahaya mata itu ketika pertama kali menikmati keenakan ketam raja kira-kira tiga tahun lalu.

Ketam Raja atau nama saintifiknya Paralithodes camtschaticus merupakan ketam termahal di dunia.

Ketam yang tergolong dalam keluarga Krustasia decapod itu juga merupakan spesies paling banyak dijual secara komersial.

Ketam jenis ini biasa ditangkap di lautan sejuk terutamanya Laut Bering dan Norton Sound yang bergelora sekali gus menjadikannya sebagai ketam paling sukar untuk ditangkap.

Jelas Amir, ketika sedang memesan makanan, dia telah diberitahu berulang kali mengenai harga ketam tersebut oleh pelayan sebelum menempahnya.

“Ketika pelayan tersebut mengambil tempahan saya asyik berbual. Jadi, saya fikir harganya tidak akan begitu mahal seperti di dalam bil.

“Namun, harga ketam ini betul-betul mahal, patutlah isinya sedap dan berbeza daripada ketam-ketam yang pernah saya makan sebelum ini,” katanya.

Walaupun kejadian tersebut menjadi mimpi ngeri dalam hidup Amir, namun ia pengalaman tersebut berjaya membuatkan jatuh cinta dengan keenakan isi ketam berkaki enam itu.

Bagaimanapun, kini beliau tidak lagi merasai keenakan isi ketam tersebut di restoran sebaliknya Amir memilih untuk membeli secara atas talian daripada Lubuk Lobster.

“Selepas itu, saya terus jatuh cinta dengan isi ketam ini yang padat dan rasanya yang cukup manis.

“Saya lebih suka beli ketam daripada Lubuk Lobster dan masak sendiri di rumah. Harganya juga jauh lebih murah berbanding makan di restoran atau hotel,” katanya.

Lubuk Lobster ialah pembekal makanan laut dari luar negara seperti udang karang, tiram, sotong, ketam kulit lembut dan ketam raja.

Menariknya, pembeli boleh membuat pembelian dalam talian atau boleh terus membeli terus daripada Lubuk Lobster di Seri Kembangan, Selangor

Menurut salah seorang penggemar ketam raja Alaska, Mohammad Syafiq Norizan, isi ketam berwarna merah itu lebih tebal dan kenyal daripada ketam biasa.

Menurut lelaki yang menetap di Manjung, Perak itu, kemanisan isi ketam raja juga tiada tolok bandingnya dengan ketam-ketam lain. Hal ini dipercayai kerana habitat ketam tersebut yang masih belum tercemar.

“Walaupun ketam ini nampak sedikit hodoh kerana terdapat duri di atas kulitnya, namun isinya cukup sedap dan kenyal.

“Bahkan, kulit ketam ini boleh dipecahkan dengan jari tanpa peralatan seperti ketam-ketam lain,” terang lelaki berusia 25 tahun itu.

Tambah beliau, isi ketam raja banyak terdapat di bahagian kaki dan sepitnya. Seekor ketam raja sudah mencukupi untuk dimakan oleh tiga orang dewasa.

Ujar juruteknik Tenaga Nasional Berhad itu, bagi menikmati rasa ketam raja yang asli, sebaiknya ia dikukus.

Bagaimanapun, dia turut mencadangkan beberapa menu seperti goreng mentega, masak lemak, bakar, masak masam manis dan lain-lain bagi menghilangkan bau hanyir.

“Saya selalu kukus saja, baru dapat merasai kemanisan isinya. Kalau dimasak saya takut rasanya akan hilang. Namun, ia bergantung kepada cita rasa individu itu sendiri,” katanya yang mula makan ketam raja sejak tiga tahun lalu.

Sementara itu, bagi Pemilik Lubuk Lobster, Luq’man Hakim Razman, 31, beliau mula mengimport ketam tersebut sejak awal tahun lalu.

Menurut anak kelahiran Ampang, Selangor itu, beliau mengambil bekalan ketam raja daripada nelayan-nelayan di selatan Chile.

“Saya memulakan langkah mengimport ketam ini selepas menonton rancangan dokumentari Deadliest Catch di saluran Discovery Channel.

“Dalam rancangan itu, ketam-ketam tersebut ditangkap di perairan Laut Bering. Namun, ketam dalam simpanan saya diperoleh dari Lautan Selatan berhampiran Chile. Saya dapat menjual kira-kira 30 kilogram ketam sebulan,” katanya

Bapa kepada seorang anak itu memberitahu, pihaknya menjual ketam raja beku pada harga RM14.50 untuk 100 gram.

Berat seekor ketam dianggarkan 1.2 hingga dua kilogram dan harganya sekitar RM200 ke atas.

Tambah beliau, harga ketam mahal disebabkan beberapa faktor antaranya, kos mengimport, penangkapan mengikut musim, had tangkapan bagi setiap nelayan dan kesukaran untuk menangkap.

“Ketam ini hidup di dasar laut yang bersuhu antara 18 hingga 28 darjah Celsius terutamanya berhampiran Artik dan Antartika.

“Ketam ini juga hanya dibenarkan untuk penangkapan pada musim-musim tertentu sahaja bagi mengelakkan kepupusan,” katanya sambil berkata hanya ketam jantan dibenarkan untuk dikomersialkan.

Dalam pada itu, Luq’man Hakim memberitahu, buat masa sekarang dia hanya mengimport ketam raja dalam keadaan sejuk beku sahaja.

Namun, dia tidak menolak kemungkinan untuk mengimport ketam dalam keadaan hidup bagi menjamin kesegarannya walaupun ia memerlukan modal yang tinggi untuk membina akuarium dan sebagainya.

“Buat masa sekarang, ketam-ketam ini datang dalam keadaan sejuk beku. Namun, pembeli tidak perlu bimbang kerana isinya cukup padat kerana ia telah direbus dahulu bagi memastikan isinya tidak kecut.

“Sekiranya diberi rezeki lebih, saya bercadang untuk membina sebuah akuarium khas dan ketam ini boleh dijual secara hidup kepada pembeli,” katanya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI