rindu dengan jenama NOKIA...Nokia Mungkin Kembali Pada 2016





Pasti ramai yang merindui telefon bimbit Nokia, jenama iconic besar suatu ketika dahulu.

Terbaharu, terdapat ura-ura Nokia mungkin kembali ke arena telefon pintar seawal tahun depan, sebaik sahaja perjanjian mereka dengan Microsoft tamat.

Bagaimanapun, berkemungkinan kita tidak akan melihat Nokia mengeluarkan peranti seperti sebelum ini sebaliknya melesenkan jenama mereka untuk digunakan pengeluar lain.

Nokia sebelum ini telah melesenkan jenama dan rekaan mereka kepada pengeluar di China untuk tablet Nokia N1 yang hanya ditawarkan di beberapa pasaran terpilih buat masa ini.

Kaedah sama dijangka dilakukan oleh Nokia untuk telefon pintar, di mana Nokia mungkin membangunkan rekaan peranti sebelum melesenkannya kepada pihak yang berminat.

Sampai sekarang ramai pengguna meminati rekaan peranti Nokia malah jenama ini masih jadi bualan ramai, jadi pihak Nokia mungkin tidak ingin menamatkannya begitu sahaja.

Minggu lepas, Nokia telah mengumumkan akan menyerap Alcatel-Lucent dalam syarikat mereka dengan fokus terhadap rangkaian, dan pada masa sama memberikan klu mahu menjual bahagian pemetaan – HERE Maps.

Bagaimanapun, Nokia Technologies yang membangunkan teknologi baru dan melesenkan paten serta portfolio syarikat dikekalkan sebagai bahagian berasingan.

Nokia N1 merupakan hasil daripada Nokia Technologies, selain antaramuka untuk Android iaitu Z-Launcher.

Selain telefon pintar, Nokia mempunyai sejumlah perancangan menarik pada tahun hadapan termasuk menawarkan sesuatu berkaitan teknologi realiti maya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI