NKRA dah betol lah tu...NAJIB KERJA ROSMAH ARAH....hutang negara makin bertambah parah hidup rakyat bertambah susah....!!!




satu lagi projek halimunan NKRA najib dan rosmah laki bini...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan terus berusaha menangani kos sara hidup rakyat dengan melaksanakan pelbagai program di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kos Sara Hidup Rakyat.

Beliau berkata di bawah NKRA itu, kerajaan menubuhkan 307 Klinik 1Malaysia di kawasan bandar dan luar bandar di seluruh negara.

"Setakat ini, saya dengan rasa berpuas hati dan lega melaporkan bahawa khidmat kesihatan yang ditawarkan kepada rakyat mendapat sambutan yang luar biasa dan membawa manfaat kepada lebih 15.8 juta kes pendaftaran rawatan, dengan hanya bayaran RM1 saja.

"Sebagai contoh, saudara Karupaya Muthukanoo, dari Pandamaran Klang. Beliau memberi maklum balas kepada program ini, penubuhan Klinik 1Malaysia menjadi satu rahmat dan kemudahan yang dapat dirasakan secara langsung kepada beliau sebagai seorang rakyat Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian semasa melancarkan Laporan Tahun 2014 GTP dan ETP di Kuala Lumpur yang disiarkan secara langsung menerusi Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

Perdana menteri berkata dengan adanya perkhidmatan Klinik 1Malaysia, ribuan pesakit terutamanya dalam kalangan masyarakat bandar tidak lagi bimbang tentangan masalah kekangan masa dan kewangan untuk mendapatkan rawatan perubatan asas.

"Untuk itu, marilah sama-sama kita berterima kasih, dan mengucapkan syabas kepada petugas kesihatan dan para jururawat di Klinik 1Malaysia," katanya.

Beliau berkata kerajaan juga memperkenalkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau (BR1M) di bawah NKRA berkenaan.

"Saya faham, BR1M kini menjadi satu topik yang banyak diperbualkan. Justeru, elok saya mengambil kesempatan pada malam ini bagi memperbetulkan tanggapan yang tidak tepat oleh sesetengah pihak berkaitan pemberian bantuan ini.

"Sebetulnya, BR1M ini ialah satu subsidi bersasar dalam bentuk tunai, diberikan kepada golongan yang memerlukan sebagai pendekatan yang terbaik kepada Malaysia buat masa ini," katanya.

Najib yang juga menteri kewangan menjelaskan bantuan itu dilaksanakan oleh banyak negara dalam pelbagai cara dan nama seperti bantuan dana pendidikan, bantuan pelan kewangan kesihatan,  pembayaran kebajikan dan bantuan melalui kupon makanan.

Katanya, pada 2013 di Indonesia, kerajaan negara itu memberi rakyatnya bantuan tunai di bawah Program Keluarga Harapan bagi membantu meringankan kos sara hidup akibat pelaksanaan program rasionalisasi subsidi petrol dan diesel.

"Sejumlah 3.2 juta isi rumah rakyat Indonesia telah dibantu dengan kos anggaran 700 bilion rupiah," katanya.

Di United Kingdom pula, kata beliau, kerajaan negara itu memberi bantuan menerusi pemberian 'setem makanan' dengan menggunakan kad khas untuk tujuan pembelian makanan.

Najib berkata oleh itu, BR1M bukan sesuatu yang asing tetapi turut menjadi amalan di beberapa negara maju di dunia.

"Perlu difahami baik-baik BR1M ini adalah transitional measure atau langkah sementara saja dalam proses konsolidasi fiskal demi memastikan kita benar-benar membantu golongan yang sangat memerlukan berbanding subsidi secara pukal yang dilaksanakan sebelum ini," katanya.

Perdana menteri turut berkongsi kisah ibu tunggal Dayah Mamut, 41, dari Rumah Panjang di Betong, Sarawak yang kini bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah dan mempunyai 4 anak berusia antara 11 hingga 20 tahun.

"Di sini, sebagai seorang pemimpin, suka saya menyatakan sesiapa saja boleh mengatakan apa saja yang mereka suka dan fikirkan. Namun, bagi individu rakyat seperti Puan Dayah, BR1M betul-betul dapat membantu meringankan beban yang ditanggung bagi kos persekolahan anak-anaknya.

"Ketahuilah, selain Puan Dayah, di sebalik apa yang diperkatakan kini, sekurang-kurangnya kerajaan cuba sedaya mungkin memberi bantuan langsung kepada 7 juta isi rumah dan individu lain yang memerlukan dan tanpa mengira latar belakang politik," katanya.

Perdana menteri berkata sejak 2010, kerajaan mewujudkan 161 Kedai Rakyat 1Malaysia di seluruh negara, yang menjual 272 jenis barangan Produk 1Malaysia pada harga 15 hingga 30% lebih rendah berbanding harga pasaran.

Bagi NKRA Mempertingkatkan Taraf Hidup Isi Rumah Berpendapatan Rendah, kerajaan membantu hampir 170,000 orang golongan miskin untuk hidup dengan lebih selesa menerusi program Akhiri Zaman Kemiskinan atau 1Azam yang antara lain memberi penekanan kepada pembangunan keupayaan diri dan kemahiran kewangan.

"Kita turut berbangga dengan pencapaian program 1AZAM di mana hampir 65,000 keluarga daripada golongan sasar dibantu untuk pembangunan kapasiti dan kemahiran," katanya






##


BRIM  itu subsidi...baru wa tau...sekarang ada GST  lagi mudah...rompak dan rasuah rakyat.....kah kah kah

nak bandingkan negara  luar...ape kes bro...negara luar rakyatnya berpendapatan tinggi...bantuan kepada rakyat bukan macam bagi BANTUAN RASUAH 1 MALAYSIA ( BRIM )...boleh di gunakan untuk membeli undi...atau  boleh di tuntut lebih sekali  oleh kroni..

NKRA tiada apa pun yang nak di banggakan...rasuah ,seleweng dan keborosan tetap tinggi...

angkara perbuatan najib laki bini lebih RM1.8 bilion dipindahkan antara akaun bank Jho Low

hutang negara  makin parah....

PM planet of the apes kata..hutang negara yang cecah RM 600 Billion tidak ancam ekonomi malaysia....kalau begitu apa perlu naikkan harga minyak ,barang serta perkhidmatan ,tariff eletrik dan laksanakan GST...?



dan banyak lagi...yang mana projek halimunan najib lakibini  hanya indah khabar dari rupa...rupanya hanya nak nipu rakyat ajer...!!!

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI