mimpi di siang hari kot....kementerian industri dan perdagangan antarabangsa berkata proton setanding dengan BMW....woiittt nak lebong siapa...? rakyat tempatan dah ramai tak mahu proton kokak....kah kah kah...!!!




Kerajaan yakin Proton mampu bersaing dengan kereta import kerana ia setanding dengan jenama antarabangsa seperti BMW, Volvo, Toyota dan Honda.

Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa berkata perkara itu berasaskan penarafan lima bintang daripada Asutralasian Car Assesment Program (ANCAP) dan ASEAN NCAP berhubung ciri-ciri keselamatannya.

“Pengeluaran model-model kereta Proton terbaharu mempamerkan kemajuan teknologi, mutu dan prestasi setanding dengan kereta-kereta yang diimport.

“Penarafan ini membuatkan model-model kereta Proton adalah setaraf dengan model-model yang dikeluarkan oleh pengeluar-pengeluar terkemuka seperti BMW, Volvo, Toyota dan Honda,” kata menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menjawab soalan MP Batu Gajah V Sivakumar.

Sivakumar meminta kementerian tersebut menyatakan sama ada kereta Proton berjaya bersaing dengan kereta import.

Mustapa berkata ciri-ciri model Proton ini digabung dengan ciri pemanduan dan pengendalian Lotus (pemanduan selesa dan kawalan tepat) yang mencetus prestasi unit serta memberikan mutuyang memuaskan.

Katanya lagi, model Preve, Suprima S dan Iriz dilengkapi dengan teknologi keselamatan seperti sistem brek cegah kunci (EBS), pengagihan daya brek elektronik (EBD), brek pembantu (BA) kawalan kestabilan elektronik (ESC) dan kawalan kestabilan elektronik (ESC).

Sivakumar, timbalan pengerusi DAP Perak turut bertanya adakah Proton mampu memenuhi pasaran tempatan serta berapa lamakah tempoh menunggu yang terpaksa dilalui oleh seseorang pembeli selepas membuat tempahan.

Mustapa tidak menjelaskan sama ada Proton mampu memenuhi pasaran tempatan sebaliknya berkata tempoh menunggu bagi mendapatkan kereta tersebut antara satu hingga satu setengah bulan.

“Tempoh menunggu bagi tempahan bagi model-model seperti Saga, Iriz, Persona, Suprima S dan Exora adalah sekitar satu bulan.

“Manakala bagi Preve sekitar satu hingga satu setengah bulan, bagaimanapun tempoh menunggu ini bergantung kepada kepada status kelulusan pinjaman pelanggan,” katanya.




##




lebong jangan tak lebong....tipu rakyat sendiri itu kerja menteri menteri cap ayam negara ini...

yang boleh kita sokong proton setanding dgn BMW .......bab tang tayar ada 4 biji tu ajer...ha ha ha

Satu helah untuk naikan harga proton. Kalau proton ada kualiti tak payah dijual dengan harga yang lebih mahal kepada rakyat sendiri dibanding dengan rakyat negara lain. Kera dihutan disusu, anak sendiri mati kebuluran.


Bila diluahkan mungkin ada dengar yg sakit hati tapi ni lah hakikatnya pada saya kalau namanya kereta buatan malaysia brand ke grand bukan takbur atau riak puihhh... bagi freeee pun saya tak mau walaupn setanding..........menteri ni x malu ke ckap mcam tu educated rendah betoi la...


meh sini baca lagi pasai proton kokak ....mimpi di siang hari sang menteri tak de otak...ha ha ha


proton kokak part 2....ingatan supaya guna yang asli sekadar atas alasan keselamatan atau untuk menyelamatkan vendor vendor haramjadah....atau servis macam sial sambil merembat poket rakyat...!!!


proton kokak part 3...langkah terdesak proton kokak....tingkap Proton dijamin 10 tahun....dah bertahun buat bisness ...tak leh settle masaalah sekecil macam nie...memang tak pro lansung...!!!!


proton kokak part 4....proton kokak tiada kualiti....jurutera banggang tak beli proton tapi cuba agung agung proton....apa kelas kamu mahu mempertahankan proton sedangkan kamu tidak menggunakannya...!!!


tepati jolokan proton kokak..pusat servis proton pedayakan dan melayan pelangan macam sial

proton kokak kualiti hancus....rakyat malaysia di sembelih rakyat australia di manjakan....!!!

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI