IS kuasai kem pelarian Yarmuk



DAMSYIK, Syria – Ribuan rakyat Palestin terperangkap di kem Yarmuk di sini yang dikepung tentera kerajaan dan sebahagian besarnya telah dikuasai pejuang IS.

Kem yang terletak di Damsyik itu kini hampir sepenuhnya berada dalam kawalan kumpulan pejuang Negara Islam (IS) dan cawangan tempatan Al-Qaeda, Al-Nusra Front.

Agensi Pemulihan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNRWA) mengeluarkan rayuan kecemasan bagi meminta akses kemanusiaan ke kawasan tersebut.

Pada Rabu lalu, pejuang  IS bertindak menyerang kem berkenaan yang terletak hanya tujuh kilometer dari tengah Damsyik.

Mereka kemudian telah ditentang oleh tentera Palestin di Yarmuk, tetapi telah berjaya menguasai 90 peratus daripada kawasan yang luas itu.

Kem ini dikelilingi oleh tentera rejim dan di dalamnya pula terdapat pejuang  IS yang telah menguasai hampir sepenuhnya kawasan ini.

Pasukan tentera Palestin dari kumpulan Aknaf Beit al-Maqdis yang setia kepada gerakan Hamas telah dikepung oleh pejuang IS.

Kebimbangan bahawa IS akan bertindak balas  di kem itu sangat tinggi kerana ahli kumpulan pejuang berkenaan pernah diusir oleh penduduk dan pejuang Palestine  tahun lepas.

Kumpulan pejuang IS  kini menguasai 90 peratus Yarmuk yang dahulu pernah menjadi rumah kepada 160,000 pelarian Palestin dan Syria.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh sejak pertempuran di kem tersebut yang terdiri daripada enam penduduk awam dan 12 militan


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI