mengembara bersama kerusi rehat
KALLAI memakai baju sejuk serta penutup kepala berwarna hijau, jaket biru dan topi ketika mengembara ke seluruh Kanada bersama sebuah kerusi malas berwarna hijau.
KERUSI rehat berwarna hijau itu akan diletakkan di atas kepala Kallai sepanjang pengembaraannya di Kanada.
OTTAWA, Kanada – Seorang lelaki di sini gembira menikmati pemandangan indah dalam satu pengembaraan sejauh 4,500 kilometer (km) bersama sebuah kerusi rehat berwarna hijau baru-baru ini.
Lelaki tersebut, Kalman Kallaitelah mengembara dari Borden, Ontario ke Comox, British Columbia bersama kerusi itu untuk tujuan kerja.
Kallai percaya pengembaraannya akan menjadi lebih menarik jika dia menggunakan kesempatan untuk duduk melihat keindahan negaranya menggunakan kerusi tersebut. Kerusi itu akan diheret atau diletakkan di atas kepalanya.
Rakan-rakan dan bapanya adalah antara orang yang menemani pengembaraannya yang mengambil masa sembilan hari itu.
"Saya turut membawa bapa dalam pengembaraan itu. Ia satu pengalaman yang hebat apabila kami sama-sama ketawa," ujarnya.
Rakaman video pengembaraan Kallai menunjukkan dia memakai pakaian baju sejuk berserta penutup kepala berwarna hijau, jaket biru dan topi sepanjang perjalanannya. Antara tempat persinggahan bahayanya adalah di dasar sungai dan landasan kereta api.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI