GST bukan sahaja merompak poket rakyat menyenangkan kerajaan tapi boleh menyebabkan peniaga kad pra bayar menaggung kerugian...!!!




KEBANYAkan peniaga telefon bimbit di sekitar Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur enggan menjual kad tambah nilai prabayar. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan kad tambah nilai prabayar telefon bimbit di sekitar ibu kota berkurangan apabila ramai kalangan peniaga sudah tidak menjual kad tersebut di premis perniagaan dan kios masing-masing.

Mereka berbuat demikian kerana bimbang mengalami kerugian jika kerajaan menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST) untuk kad tambah nilai prabayar telefon bimbit.

Sebaliknya, peniaga menjual tambah nilai ini melalui sistem elektronik secara atas talian atau e-reload.

Rata-rata peniaga yang di temui  menyatakan hanya menyediakan perkhidmatan e-reload.

Pengusaha kios telefon bimbit yang mahu dikenali sebagai Peter, 25, memberitahu, beliau tidak menjual kad tambah nilai sejak Rabu lalu bagi mengelakkan kerugian jika perkhidmatan tersebut tidak dikenakan GST kelak.

“Saya tidak mahu mengambil risiko (rugi). Contohnya, jika kami beli kad tersebut sekarang dengan harga GST, tetapi selepas ini kerajaan umum ia tidak dikenakan GST siapa mahu tanggung kerugian?” soalnya ketika ditemui semalam.

Jelas Peter lagi, walaupun perkhidmatan e-reload masih dikenakan GST, namun peniaga dapat mengurangkan risiko kerugian jika ia dihapuskan kelak.

Sementara itu, bagi seorang peniaga kedai telefon bimbit, Kevin, 45, beliau turut mengambil pendekatan sama iaitu menjual tambah nilai menggunakan e-reload sahaja.

Menurutnya, rata-rata peniaga berharap agar kerajaan dapat menyelaraskan semula pelaksanaan GST kepada perkhidmatan itu supaya peniaga dan pengguna tidak keliru.

“Kami akan menjual semula kad tambah nilai prabayar telefon bimbit apabila satu garis panduan jelas dikeluarkan oleh kerajaan berhubung pelaksanaan GST ke atas perkhidmatan tersebut,” ujarnya.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI