Dipenjara 2 Minggu Kerana Curi Coklat Kit Kat
KUALA LUMPUR – Seorang penganggur dihukum penjara dua minggu oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku mencuri 47 keping coklat di sebuah pasar raya.
Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan memerintahkan Lim Kok Beng @ Sudirman Lim Abdullah, 53, menjalani hukuman itu mulai tarikh dia ditangkap, 10 April lepas.
Lim didakwa mencuri 47 keping coklat Kit Kat bernilai RM149.46 di Pasaraya KK Supermart & Superstore, Jalan Sultan, Dang Wangi, di sini pada pukul 10.10 malam, 10 April lepas mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.
Ketika rayuan, Lim yang tidak diwakili peguam berkata dia telah menyesal dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.
Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa memohon mahkamah mengenakan hukuman berbentuk pencegahan kerana tertuduh memiliki lapan rekod kesalahan lampau termasuk tiga kesalahan mencuri. – BERNAMA
##
curik juta juta polis tak nampak...lagi lagi sorok celah tetek lembu di kondo...he he he
LEMBU ANAK BERANAK CURI DUIT 250 JUTA RINGGIT
Home
/
berita
/
curi
/
dalam negeri
/
kasihan
/
kuala lumpur
/
penjara
/
lain kali curik la juta juta macam keluarga emak lembu buat...ni curik sikit sikit polis nampak kan dah kena tangkap dan penjara.....!!!
-
Blogger Comment
-
Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI