budak umur 2 tahun jadi deejay




ORATILE mengendalikan sistem muzik deejay di kediamannya di Johannesburg, Afrika Selatan pada 6 April lalu.

JOHANNESBURG – Sukar dipercayai tetapi seorang budak lelaki, Oratile Hlongwane cekap mengendalikan sistem muzik sofistikated walaupun dia baru berusia dua tahun.

Digelar DJ AJ, Oratile merupakan deejay paling muda di Afrika Selatan.

Dia belum petah bercakap tetapi cekap memilih muzik daripada komputer riba, manakala aksinya memainkan kombinasi muzik menjadi viral di media sosial Afrika Selatan.

Ibu kanak-kanak itu, Refiloe Marumo memuji suaminya kerana membelikan Oratile sebuah komputer tablet iPad semasa dia masih di dalam kandungan.

Bapanya, Glen Hlongwane membelikan gajet tersebut kerana mahu memuat turun pelbagai aplikasi pendidikan bagi membantu mempercepatkan pembelajaran anaknya.

Hlongwane yang merupakan seorang jurulatih gimnastik dan deejay turut memuat turun aplikasi deejay untuk kegunaannya sendiri.

Semasa berusia setahun, DJ AJ sudah pandai memanipulasi iPad dan turut belajar menggunakan aplikasi deejay bapanya.

Ibu bapanya terkejut apabila menyaksikan anak mereka yang masih memakai lampin mengaplikasikan pengetahuannya menggunakan peralatan dejaay sebenar.

Bakat luar biasa anak kecil itu mendorong banyak syarikat dan pusat beli-belah mengundangnya untuk membuat persembahan.

Populariti DJ AJ bagaimanapun turut menarik kritikan beberapa pihak yang menuduh ibu bapanya sebagai mempergunakan kebolehan anak mereka untuk mengaut keuntungan.

“Saya tidak akan mengeksploitasi anak saya,” kata bapanya. Ibu bapa DJ AJ tidak akan membenarkan anak mereka beraksi di kelab malam atau parti liar

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI