dua beradik kembar pewaris rumah sampah



Bagaimana sukarnya seorang kanak-kanak melalui kehidupan di dalam sebuah rumah yang dipenuhi sampah.

NEBRASKA, Amerika Syarikat – Dua adik-beradik kembar di sini terkejut apabila mendapati keadaan rumah ibu mereka yang ditinggalkan sejak 20 tahun lalu masih sama iaitu dipenuhi sampah-sarap yang menyakitkan pandangan mata.

Geoff Johnson dan adiknya, Jennifer McShea, 37, kembali semula ke rumah tersebut baru-baru ini untuk memeriksanya selepas ibu mereka meninggal dunia pada 2013 selepas 12 tahun bertarung melawan penyakit kanser payu dara.

Sewaktu meninggalkan rumah tersebut pada usia 17 tahun, tiada istilah bilik buat Johnson dan McShea kerana semua ruang yang ada dipenuhi pelbagai barangan lama yang tidak boleh digunakan lantaran sikap ibu mereka yang pengotor.

“Sukar untuk saya menggambarkan perasaan malu yang amat kami rasai apabila membesar bersama seorang ibu yang pengotor,” ujar Johnson .

Sebagai seorang jurugambar, Johnson telah menghasilkan rakaman imej keadaan rumah mereka yang sangat kotor hingga tidak boleh diduduki oleh sesiapa pun.

Dia turut menyelitkan elemen photoshop dengan meletakkan gambar anak lelakinya dan anak perempuan adiknya di dalam gambar tersebut bagi menunjukkan bagaimana kesengsaraan yang dialami mereka dalam suasana sedemikian sewaktu kecil


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI