ingat wanita monggolia ingat najib altantuya....apakah ada skandal lagi...he he he.....kali ini wanita warga mongolia maut jatuh kondo...!!!




SEORANG penuntut wanita warga Mongolia yang maut selepas terjatuh dari bangunan didiaminya bersama tiga rakan senegara, di Kondominium Indah Pertiwi di Cheras semalam disyaki polis mungkin membabitkan kes jenayah pembunuhan.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.26 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Deldee Otgontuya, 26, maut serta merta di tempat kejadian selepas terjatuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, SAC Zainuddin Ahmad berkata, siasatan awal mendapati terdapat kesan kaca dari meja makan di sekitar kawasan mayat mangsa ditemui jatuh.

Manakala berdasarkan keterangan daripada jiran, ada berlaku pertengkaran dan bunyi bising kedengaran dari rumah mangsa sebelum kejadian, katanya.

“Jiran ada mendengar bunyi seperti bergaduh tetapi punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Beliau berkata, tiga rakan mangsa yang berusia 23, 26 dan 32 yang tidak boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris kini ditahan untuk siasatan.

Mayat mangsa di hantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: The Rakyat Post




##




lain kali  jangan buat  jahat sesekali...sekali  kantoi  orang ingat selama orang tak lupa...walau pun bersumpah laknat  beberapa kali...

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI