kantoi curi kepala keretapi



Cheyenne (Amerika Syarikat): Seorang lelaki didenda dan diletakkan di bawah pengawasan polis kelmarin selepas dia mengaku bersalah mencuri sebuah kepala kereta api.

Derek Skyler Brux, 22, mengaku bersalah melarikan kereta api milik sebuah syarikat perlombongan selepas bertengkar dengan majikannya.

Dia diarahkan oleh mahkamah membayar ganti rugi berjumlah AS$63,000 (RM230,857) kepada majikannya dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama lima tahun.

Brux didakwa mencuri dan memecut kereta api itu di landasan utama di bahagian timur laut negeri Wyoming pada tahun lalu.

Ketika kejadian dia turut melanggar sebuah lagi kereta api.

Dia akhirnya ditangkap selepas seorang pekerja berjaya menekan suis kecemasan yang memotong bekalan bahan api ke kereta api berkenaan.

Seorang penyelia syarikat itu, Michael Spurlock memberitahu mahkamah pihaknya berjaya menghalang tindakan Brux itu menjadi satu bencana.

“Sekiranya suis kecemasan itu gagal ditekan kereta api berkenaan mungkin melanggar pekerja atau orang awam yang lain,” katanya.

Brux berkata, dia sangat menyesal dengan perbuatannya itu dan mahu menebus kembali kesilapan berkenaan.

Hakim Scott Skavdahl menasihati Brux supaya mengawal kemarahannya dan beliau juga membenarkan lelaki itu kembali bekerja di syarikat berkenaan bagi membayar ganti rugi.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI