cari jodoh dengan beriklan di cermin belakang kereta




IKLAN mencari calon isteri yang dilekatkan di belakang kereta Gorbunov.

Orlando: Seorang lelaki dari Florida, Amerika Syarikat yang terdesak ingin mencari calon isteri berbuat demikian dengan meletakkan iklan di belakang keretanya.

Alexander Gorbunov memaparkan iklan berbunyi “Saya mencari calon isteri” pada kadbod kuning yang dilekatkan di belakang kereta BMW miliknya. Dia juga melakukan perkara sama di belakang kenderaan merk Hummernya.

Gorbunov berkata, cara itu cukup berkesan. Dia memperoleh kira-kira 500 mesej pesanan ringkas di telefon bimbitnya, selain menerima sekitar 250 panggilan setiap hari.

Malah, panggilan bukan saja diterimanya dari Amerika, tetapi juga dari Perancis, Jamaica, Brazil, Switzerland, Finland dan pelbagai negara lain.

Lelaki yang berasal dari Moscow, Russia itu sudah lama mencari teman hidup sejak empat tahun lalu.

Walaupun mempunyai ramai kenalan di Internet, tetapi Gorbunov lebih gemar untuk bertemu dan berkenalan dengan calon isterinya secara empat mata.

Gorbunov juga agak memilih untuk mencari calon isteri yang bersesuaian kerana dia tidak akan melayan wanita yang menghubunginya semata-mata untuk bertanya mengenai harta yang dimilikinya.

 Tidak kurang juga ada golongan gay atau lelaki yang menghubunginya untuk menawarkan bekas isteri mereka kepadanya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI