bergaduh di kokpit, juruterbang di gantung tugas




DUA juruterbang Air India digantung tugas selepas kedua-dua mereka dilaporkan bergaduh di dalam kokpit pesawat sejurus sebelum berlepas.

Perbalahan itu  melibatkan kapten dan pembantu juruterbang semasa pesawat itu sedang membuat persiapan untuk penerbangan selama 50 minit dari Delhi ke Jaipur malam Ahad.

Pembantu juruterbang berkenaan berang selepas disuruh mencatat maklumat kritikal penerbangan seperti jumlah penumpang, berat untuk pelepasan pesawat dan jumlah minyak.

Tugas mereka digantung sementara siasatan dijalankan selepas kapten bagi penerbangan A1611 mengadu bahawa pembantu juruterbang berperangai buruk dan “menyerangnya”.

Kapten juruterbang sepatutnya boleh membuat laporan berhubung insiden di Delhi, tetapi tindakan itu hanya menyebabkan penerbangan dibatalkan dan penumpang akan terkandas.

Beliau kemudiannya mengambil keputusan menerbangkan pesawat itu ke Jaipur sebelum memaklumkan tentang insiden tersebut kepada kakitangan Air India selepas mendarat.

Seorang jurucakap Air India memberitahu media: “Kedua-dua juruterbang itu telah digantung tugas. Satu siasatan dilakukan berhubung perkara ini.”

Syarikat penerbangan itu bagaimanapun menegaskan tindakan penggantungan itu hanya terhad kepada pertengkaran mulut dan tidak melibatkan serangan fizikal.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI