belum kena suntut dan C4 dengan najib tentu tak hilang dalam pendaftaran imigresen memang boleh beri alasan yang aidana kenalan rapat Clifford....sape tau kan...!!!




SEMENYIH – Selepas empat hari kejadian nahas helikopter di Kampung Pasir Baru di sini berlaku, semalam pihak polis mengesahkan Aidana Baizieva merupakan kenalan kepada juruterbang Kapten Clifford Fournier.

Aidana, 25, disahkan sebagai gadis berasal dari Kyrgyzstan dan telah memasuki negara ini sejak 2010.

Sejak berada di negara ini, mangsa pernah belajar di Universiti Sunway di Subang Jaya, Universiti Limkokwing di Cyberjaya dan terakhir Kolej SEGi di Kota Damansara.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, identiti gadis itu dapat disahkan selepas pihaknya melakukan siasatan termasuk mendapatkan keterangan daripada rakan-rakan mangsa.

Menurut beliau, Aidana tinggal di sebuah apartmen di Pantai Dalam, Kuala Lumpur dan pemeriksaan di kediaman tersebut menjumpai beberapa barang yang membuktikan identitinya.

“Bukti Aidana dikatakan kenalan rapat Clifford berdasarkan tiket penerbangan atas nama mangsa (Aidana) dan juruterbang itu berlepas ke Langkawi pada 21 Mac lalu ketika berlangsungnya Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi,” kata beliau pada sidang akhbar di bilik operasi pasukan penyelamat nahas helikopter di sini semalam.

Abdul Samah memberitahu, walaupun polis mengesahkan identiti mangsa menerusi siasatan namun pihaknya terpaksa menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ­mangsa dengan kakak tirinya.

“Jika DNA kakak tiri mangsa gagal dipadankan dengan Ai­dana, kita akan minta bapa gadis itu datang ke sini melakukan DNA,” kata beliau.

Bapa Aidana sudah berusia 75 tahun dan berada di Kyrgyzstan.

Mengulas lanjut, kata Abdul Samah, helikopter AS365N2 Dauphin bukan helikopter pertama mangsa menaiki bersama Clifford.

“Selain itu, maklumat daripada pihak pengurusan kediaman Aidana, dimaklumkan Clifford mempunyai akses untuk memasuki rumah mangsa.




##




apa apa pun  maklumat yang di beri oleh pihak berkuasa negara  ini  jangan di percayai sangat...kalau mahkamah pun boleh terima saksi dan dakwaan palsu...tak kan benda yang kecik macam nih tak boleh  di kelentong...1 malaysia  hendak di tipunya....

taktik cover line  adalah perkara biasa jika ianya melibat  skandal   orang orang dari parti pemerintah kecuali kalau skandal tu sebesar bangkai gajah yang tak boleh di tutupi lagi  di mana akta hasutan di perlukan untuk menutup  kemaluan mereka yang terlibat


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI