bodohnya orang pontian bila pilih wakilnya jadi menteri cap ayam....nak tengok bodoh orang pontian kena tengok gelagat bingai menteri dari pontian nih...kaki u-turn rupanya...!!!!

Kenyataan ‘masak makanan sendiri’ dimanipulasi, kata Ahmad Maslan



Datuk Ahmad Maslan hari ini meminta semua pihak berhenti memanipulasi cadangan yang dibuatnya semalam, meminta pelajar universiti memasak makanan mereka sendiri, mengatakan ia hanya ditujukan kepada mereka yang tinggal di luar kampus.

Timbalan menteri kewangan itu, dalam laporan Astro Awani hari ini, mempertahankan cadangannya sebagai sebahagian usaha mengurangkan beban dihadapi rakyat akibat pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) mulai 1 April.

"Saya bercakap 2 jam 45 minit mengenai pelbagai topik, tetapi mereka ambil 1 baris saja - masak makanan sendiri," portal berita itu memetik beliau berkata.

"Saya tak kata masak di kampus, saya kata masak makanan sendiri. Lebih separuh pelajar tinggal di rumah sewa, dan saya cadangkan kepada mereka supaya masak makanan sendiri," katanya.

Ahmad menegaskan kepada portal itu, cadangannya hanya ditujukan kepada mereka yang tinggal di luar kawasan kampus universiti.

"Kami juga menasihatkan operator kantin kampus meletakkan harga yang munasabah untuk makanan yang mereka jual," katanya.

"Saya dah jelaskan semuanya. Kami galak mereka memasak makanan mereka sendiri sekiranya mereka menyewa di luar kampus dan operator kafe tidak sepatutnya menaikkan harga kerana bahan makanan asas dikecualikan daripada GST," katanya.

Ahmad dikritik hebat semalam apabila pelajar menggunakan media sosial mengecam cadangan yang dibuatnya semasa satu taklimat mengenai GST di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam.

Pelajar yang menghadiri taklimat itu juga mendakwa Ahmad gagal menjawab soalan mereka berhubung cukai penggunaan itu, sebaliknya menggunakan sesi itu untuk mengkritik pembangkang.

Dilaporkan semalam seorang pelajar bertanya kenapa cukai itu dilaksanakan ketika ekonomi negara dalam keadaan tidak stabil dan rakyat merasa terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi, Ahmad membidas pelajar itu mengatakan sistem sebelum ini, iaitu cukai jualan dan perkhidmatan (SST), yang membebankan, bukan GST.

Astro Awani juga melaporkan ramai pelajar universiti berhujah di Twitter mengatakan cadangannya mustahil dilakukan kerana universiti melarang pelajar yang tinggal di kampus memasak.

Sesetengah mereka juga menulis di Twitter peralatan memasak dan pemanas air juga tidak dibenarkan dibawa ke kampus.





##



bingai punya menteri cap ayam....SST tak banyak barang kena...tapi GST semua barang keperluan terlibat sama ....




kebanyakan yang kena GST  adalah barang keperluan harian...alahai tak kan mandi nak pakai sabut kepala pulak...banggang punya menteri


sape yang manupulasi sape...dah terkantoi...nak pusing cerita...paria punya worang...

Hahahaaaa.......ahmad maslan buat u turn lagi.....bertuah sape yang undi sosok ni pada pru lalu.....jangan nak bodohkan rakyat....

GST membebankan rakyat ...kalau paham kesusahan rakyat dan  teringin nak meringan beban rakyat hapus kan GST  paham...

Wahai orang2 Pontian Undi lagi BN ini lah jadinya wakil kamu pendokong kuat GST rupa2nya. Ingatkan nak membela rakyat rupa2nya hampas

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI