hah ini baru betol ada telor...pejuang taliban serang kompleks mahkamah...kalau kat malaysia ...agaknya tak sempat main twitter kot..kah kah kah




SEORANG anggota keselamatan melintasi bangunan kompleks mahkamah yang musnah dalam serangan berani mati oleh pejuang Taliban di bandar Mazar-i-Sharif, Afghanistan kelmarin.

KABUL – Penyerang berani mati kumpulan pejuang  Taliban yang memakai pakaian seragam tentera telah bertindak menyerang sebuah kompleks mahkamah di utara negara ini kelmarin menyebabkan lima terbunuh dan berpuluh yang lain cedera.

Serangan berterusan di bandar Mazar-i-Sharif itu berlaku sebelum bermulanya serangan tradisional Taliban pada musim bunga apabila kali pertama pasukan keselamatan Afghanistan melawan pemberontak tanpa sokongan daripada Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Menurut pemberita AFP di tempat kejadian, letupan berlaku apabila penyerang berani mati bertindak membaling bom tangan dan berbalas tembakan antara pasukan keselamatan Afghanistan.

Kejadian itu telah mengakibatkan salah satu bangunan di situ terbakar.

“Kumpulan pemberontak seramai antara tiga hingga lima orang yang memakai pakaian seragam tentera telah menyerang Kompleks Mahkamah Appeals,” ujar Menteri Dalam Negeri Afghanistan dalam satu kenyataan sejam selepas serangan itu berlaku.

Pasukan polis yang tiba di tempat kejadian telah melancarkan serangan balas terhadap kumpulan berkenaan.

Mayat tiga anggota polis termasuk ketua polis daerah dan dua orang awam yang terbunuh telah dihantar ke hospital awam tempatan.

Sebanyak 55 orang awam yang cedera termasuk mereka yang kritikal juga dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

“Antara yang cedera ialah anggota polis, pegawai pendakwa, staf mahkamah, wanita dan kanak-kanak,” kata seorang doktor, Noor Mohammad Faiz


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI