beca khas untuk penumpang wanita

ISLAMABAD – Jika di Kuala Lumpur, ada gerabak tren khas berwarna merah jambu khusus untuk penumpang wanita yang diasingkan daripada gangguan lelaki.

Bagaimanapun di Pakistan, kisah pengangkutan awam unik di ibu kota Malaysia itu memberi ilham buat seorang aktivis wanita di Lahore untuk menjadi lebih inovasi.

Gara-gara sering diganggu ramai pemandu lelaki ‘miang’, wanita tersebut, Zara Aslam tampil melancarkan perkhidmatan beca bermotornya yang tersendiri.

Akhbar-akhbar tempatan pada Jumaat melaporkan, perkhidmatan unik itu pula hanya khas untuk penumpang dan pemandu dari kalangan kaum wanita sahaja.

Namun buat masa ini, khidmat beca ‘merah jambu’ itu cuma menggunakan sebuah beca dan Zara berharap dapat tambah kepada 23 buah menjelang akhir tahun ini.

Ujarnya lagi, perkhidmatan tersebut juga adalah satu lagi cara untuk membantu golongan wanita tempatan menyara hidup dengan mengajar mereka memandu.

Zara turut menolong mereka untuk mendapatkan lesen memandu dan berharap dapat menarik penaja untuk meluaskan perkhidmatan beca ‘Pink‘ ke seluruh Lahore.

Bandar raya pelancongan popular bersempadan dengan India dan kota kedua terbesar di Pakistan selepas Karachi itu terkenal dengan beca berenjin disebut auto rickshaw.

Dianggarkan terdapat hampir 2,000 buah beca beroda tiga itu yang juga dipanggil sebagai Qing Qi dan menjadi pilihan untuk perjalanan jarak dekat.






About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI