rahsia kotak kasut






Seorang lelaki telah berkahwin selama 55 tahun dengan isterinya. Mereka dah sama-sama berjanji tiada rahsia antara mereka kecuali satu saja permintaan isterinya iaitu jangan sesekali buka kotak kasut yang disimpan didalam almari milik isterinya.

Sebagai suami yang baik, lelaki ini tak pernah terfikir untuk mengorek lebih lanjut tentang rahsia isterinya di dalam kotak tersebut. “Mesti perkara biasa je ni”, fikirnya.

Hari berganti hari, hinggalah satu hari isterinya terlantar sakit di hospital. Dengan suara yang lemah si isteri memanggil suaminya dan berkata : “Abang, sudah tiba masanya untuk abang tahu rahsia di dalam kotak kasut itu”.

Tanpa buang masa, si suami terus balik ke rumah dan mendapatkan kotak kasut tersebut. Rahsia isterinya selama ini akhirnya terbongkar! Didalam kotak kasut itu terdapat 2 patung yang dikait oleh isterinya dan wang tunai berjumlah USD95,000!

Dengan penuh tanda tanya si suami bertanya kepada isterinya : “Kenapa patung ni pun nak jadi rahsia? Dan dari mana datangnya duit USD95,000 ni?”

Katanya isterinya : “Sebelum kita kawen, nenek saya ada berpesan rahsia sebuah perkahwinan yang bahagia adalah jangan sesekali bertengkar dengan pasangan kita. Setiap kali saya rasa marah pada abang, saya akan mengait patung-patung kecil ni hingga siap”.

Si suami berasa lega sebab sepanjang mereka berkahwin, hanya 2 patung yang isterinya telah siapkan. Bermakna hanya 2 kali saja isterinya marah padanya. Dengan penuh rasa terharu si suami memeluk si isteri dan menciumnya.

Kemudian si suami bertanya lagi : “Eh, kejap. Dari mana pulak datangnya duit sebanyak USD95,000 ni?”

Jawab isterinya : “Oh, tu hasil dari jualan patung-patung yang saya kait selama ni”.

Haaaa, rupanya banyak kali lah si isteri dia naik hantu kat dia selama ni!

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI