CUEPACS buat kerja gila...cadang kerajaan potong gaji kakitangan awam untuk tampung mangsa banjir....!!!
tak dapat bonus tu pun dah satu pengorbanan...nak perah sampai tang mana lagi kakitangan awam..sampai jadi gelandangan ke...?
KOTA BHARU - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mencadangkan kepada kerajaan agar setiap penjawat awam menyumbang melalui potongan gaji bulanan untuk membantu mangsa di negeri yang dilanda banjir.
Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata, cadangan itu akan dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam tempoh terdekat supaya penjawat awam boleh menyumbang pada kadar yang munasabah.
“Kalau boleh sumbangan minimum RM5, tetapi kalau lebih daripada itu, kita amat alu-alukan,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir negeri ini di Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam di sini, hari ini.
Azih berkata, CUEPACS berharap potongan gaji itu dapat dilakukan pada bulan ini memandangkan kaedah itu adalah mekanisme terbaik dalam mengumpul dana bagi meringankan beban mangsa banjir.
Beliau berkata, pihaknya juga meminta kerajaan menyediakan peruntukan khas untuk membeli peralatan sekolah termasuk pakaian seragam kepada pelajar yang terjejas dengan banjir.
“Masih ramai yang tiada baju sekolah, yang mana beli awal memang sudah rosak, nak beli untuk kali kedua duit pun sudah habis,” katanya yang turut mencadangkan pembayaran yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ditangguhkan. - Bernama
##
Bantu mangsa banjir adalah tugas utama kerajaan...rakyat cuma membantu kadar yang termampu..Selama ini pun kakitangan kerajaan dah lama terkorban dengan tindakan kerajaan yang mengabai kebajikan kakitangannya.
Kalau nak minta bantu boleh tapi bior dengan keadaan hati yang ikhlas dan bukan di paksakan.seperti potongan gaji .Sudahlah kakitangan kerajaan terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi akibat harga barangan ,perkhidmatan dan minyak melambung tinggi sebelum ini dan semakan tangga gaji tidak di buat untuk menangani kenaikan tersebut .Nak paksa pulak potongan gaji ke atas kakitangan satu tindakan melampau.Ini di tambahkan lagi GST yang akan di laksanakan nanti tahun ini adakah kakitangan awam dapat benefit darinya..?jangan harap lah...poket kena skodeng adalah.
Tak perlu potongan gaji kakitangan awam jika sekiranya kantung kerajaan memang cukup untuk menampung mangsa banjir .Akibat ketirisan dan ,penyelewengan dan rasuah yang berleluasa dalam pengurusan kerajaan tak kan kita sebagai rakyat dan kakitangan awam hendak di mangsakan...Sendiri berak sendiri bersihkan tak kan orang lain kot...
Berkorban untuk membantu kerajaan yang korup sesuatu yang tidak boleh di terima..Apa guna jadi kerajaan jika sentiasa menyerahkan tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan kepada rakyat...Baik berhenti sahaja dari jadi kerajaan .
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI