tom yam masam beraroma



BAHAN UNTUK PES TOMYAM :-)

7 biji bawang merah kecil*
1/2 biji bawang besar*
3 biji cili merah*
10 tangkai cili kering, kerat, buang biji dan rendam dalam air panas 10 minit dan toskan*
1 inci lengkuas*
4 helai daun limau purut*
1 inci belacan, dibakar*(*dikisar halus)
Jus asam jawa (che mat guna 1 camca besar pes asam jawa)
Gula dan garam

BAHAN BAHAN TOMYAM AYAM :-)

1 keping peha ayam bersaiz besar, dipotong kecil, cuci dan toskan
6 biji bebola lobster jenama "Mushroom"
2 batang serai, diketuk
1 biji bawang besar, belah 6
2 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci lengkuas, diketuk
4 helai daun limau purut
1 pokok daun ketumbar, cuci bersih dengan akar2nya
1 biji tomato, potong 4
Sedikit bunga kubis
1 batang saleri, potong kecil
1/2 batang lobak merah, hiris serong
3 batang putik jagung, kerat 2 setiap 1
Sedikit cendawan
6 biji cili padi, diketuk
1 biji limau nipis, perah jusnya
4 camca besar penuh pes tomyam
Sos ikan secukup rasa
Air secukupnya (che mat guna air rebusan tulang lembu)
Sedikit daun ketumbar, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK PES TOMYAM :-

Panaskan minyak (kurang lebih 1/2 cawan), tumis bahan bertanda (*) yang telah dikisar halus. Masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan masak lagi hingga naik minyak. Boleh matikan api. Biar sejuk, isi dalam botol bersih dan simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian..

UNTUK TOMYAM AYAM :-

Masukkan air secukupnya dalam periuk (kurang lebih 1500 ml).Tambah serai titik, lengkuas, bawang putih, bawang besar dan pes tomyam. Kacau rata dan biar mendidih. Masukkan ayam, bebola lobster, lobak merah, bunga kobis dan saleri. Masak sekejap dan tambah cili padi, daun limau purut. putik jagung daun ketumbar.

Kemudian tambah cendawan, jus limau nipis dan sos ikan secukup rasa. Masak hingg ayam empuk dan sayur2 yang keras tadi lembut sedikit. Tambah tomato dan matikan api. Tabur hirisan daun ketumbar semasa menghidang. Sedap dimakan panas....ehemmm..

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI