harga minyak turun tak jamin harga barang pun turun....biasalah peniaga sebegini pun satu spesis perompak dan penyamun rakyat...dia tiru kerajaan BN...!!!



Penurunan terbaharu harga minyak pada 1 Januari 2015 bukan satu jaminan bahawa harga barang keperluan asas seperti makanan dan kos sara hidup turut turun.

Ini berikutan sikap peniaga di Malaysia yang lebih mengutamakan keuntungan perniagaan daripada kepentingan pengguna.

Kes yang  sama yang pernah terjadi dahulu membuktikan penurunan harga bahan bakar itu tidak akan mempengaruhi peniaga untuk turut sama menurunkan harga jualan mereka.

Sekiranya melihat kepada sejarah sebelum ini, apabila harga minyak turun, harga barang tidak akan turun kerana kebanyakan peniaga lebih berorientasikan keuntungan.

Tapi apabila harga petrol dan diesel naik sendikit, dengan pantas mereka menaikkan harga barangan.

Sesetengah peniaga diibaratkan seperti ‘dijangkiti virus’ yang menyebabkan mereka sukar untuk menurunkan harga jualan.

Golongan tersebut boleh dianggap sebagai perompak @penyamun kerana sudah tidak memiliki sifat rasional untuk menurunkan harga barangan setelah kerajaan memutuskan untuk menurunkan harga minyak.

Oleh itu, tabiat buruk yang diamalkan oleh peniaga-peniaga tersebut telah merosakkan masyarakat dan juga negara kerana hanya memikirkan soal untung tanpa memikirkan keluhan rakyat di luar sana.

Apabila kerajaan akan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan pada 1 April nanti, belumpun ia dilaksanakan mereka telah menaikkan harga barang dan ini yang kita  katakan sebagai perompak yang menunggu peluang  tadi.

Lantaran itu kerajaan  di gesa menggunakan Akta Persaingan dan meminta Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) supaya bertindak tegas dalam soal ini.

Akta tersebut merupakan solusi tepat untuk mengawal mereka yang memiliki kuasa monopoli dalam pasaran daripada berterusan menindas pengguna.



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI