tergantung pada ketinggian 24 meter selama sejam



DUA anggota bomba cuba menyelamatkan seorang pelancong yang tersangkut di satu kabel ketika menaiki satu permainan di sebuah taman tema di Las Vegas, Amerika Syarikat baru-baru ini. - Agensi

LAS VEGAS - Seorang pelancong berhadapan detik-detik cemas selepas satu permainan yang dinaikinya di sebuah taman tema di bandar ini tersangkut, ­menyebabkan dia tergantung pada ketinggian 24 meter selama satu jam.

Pelancong dari Kanada tersebut menaiki sebuah permainan yang dikenali sebagai SlotZilla di mana dia akan meluncur melalui satu talian kabel sepanjang 533 meter.

Bagaimanapun, alat yang digunakan untuk membantunya meluncur tiba-tiba tersekat ­menyebabkan lelaki tersebut tergantung pada ketinggian 24 meter.

Lelaki itu dipercayai tergantung selama setengah jam sebelum seorang pengunjung yang melihat kejadian tersebut menghubungi bomba untuk meminta bantuan.

Sekumpulan anggota bomba yang tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian terpaksa menggunakan tangga khas untuk menyelamatkan lelaki tersebut.

Sementara itu, jurucakap SlotZilla berkata, pihaknya telah memulangkan semula wang pelanggan tersebut dan turut menaja makan malam percuma untuk lelaki itu serta pasangannya di sebuah hotel di sini


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI