phobia dengan kartun...anjing anjing suruhan UMNO serbu pejabat suara keadilan dan rampas kartun Zunar......ingat rampas dadah..rupanya kartun lebih bahaya dari dadah...he he he









nampaknya pengedar  dan  penagih kartun   lebih bahaya dari bahaya dari  dadah..he he he


Pejabat akhbar milik PKR Suara Keadilan diserbu sekumpulan polis kira-kira jam 10.30 pagi kelmarin untuk merampas beberapa buah komik karya kartunis Zulkifli Anwar Al-Haque ‎atau lebih dikenali sebagai Zunar.

Menurut seorang kakitangan Suara Keadilan, pada awalnya hanya dua orang sahaja polis yang datang ke pejabat akhbar tersebut untuk mengambil keterangan namun tiada yang enggan memberi bekerjasama.

"Kira-kira 11.15 pagi kemudian, 4 lagi pegawai polis datang untuk membuat rampasan dan menyoal siasat," kata kakitangan tersebut yang tidak mahu namanya didedahkan.

Zunar merupakan penasihat kepada sidang pengarang akhbar Suara Keadilan.
Rampasan berkenaan dipercayai berhubung dengan siasatan polis terhadap Zunar mengikut Akta Hasutan 1948.

Ketika serbuan dibuat, Zunar berada di Cambridge, United Kingdom.

Sementara itu, Zunar dalam kenyataannya berkata, serbuan tersebut diketuai oleh ASP, Lim daripada Bahagian Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPK).

Zunar berkata, Lim memaklumkan kepadanya ‎beliau disiasat di bawah Seksyen 2, Akta Mesin Cetak, Akta Hasutan Seksyen 4 (1) (c) dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

"Mereka merampas buku 'Konspirasi Memenjarakan Anwar' versi Bahasa Melayu, 'Konspirasi Memenjarakan Anwar' versi Bahasa Inggeris dan 'Pirate of The Carry BN'.

"Saya akan dipanggil ke balai selepas pulang nanti," kata Zunar dalam satu kenyataan hari ini.

‎Serbuan dan rampasan itu turut mendapat reaksi bekas timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali yang mencadangkan agar polis menjemputnya di London dengan jet.

Cadangan itu dibuat Syed Husin melalui akaun Twitternya kelmarin .

‎"Pejabat Suara Keadilan dikunjung 7 tamu tidak diundang. Mereka cari Zunar berhubung bukunya. Nak tunggu dia balik? Baik jemput  dari London dengan jet R!" tulis Syed Husin.

Sebanyak 155 buah buku dirampas, 86 darinya bertajuk Konspirasi Memenjarakan Anwar' versi Bahasa Inggeris, 3 buku 'Konspirasi Memenjarakan Anwar' versi Bahasa Inggeris dan 66 buah salinan buku 'Pirate of The Carry BN'.

Difahamkan serbuan dan rampasan buku itu dilakukan tanpa waran, namun seorang sarjan yang tidak mahu didedahkan namanya memberitahu prosedur itu ‎tidak digunakan sekiranya diketuai seorang pegawai superintenden.

"Kalau kita sarjan, memang perlukan waran untuk ambil buku, tetapi kalau yang uruskan Superintenden, mereka tidak perlu waran, boleh terus rampas," katanya .

Pada 6 November lalu, 3 pembantu Zunar ditangkap dan dibawa ke balai polis, Putrajaya kerana menjual 2 buah buku kartun bertajuk "Konspirasi Memenjarakan Anwar " dan "Pirate of the Carry-BN".

Pengendali laman web sesawang miliknya www.Zunar.my turut dipanggil polis untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.




##



mabuk ketum ke mabuk pil kuda dia orang nih....serbu dan rampas kartun macam rampas dadah...baru wa tau rupanya  mabuk kartun lebih bahaya  dari  mabuk dadah atau pil kuda...he he he..
Inilah demokrasi termimpin  gaya p.ramlie rupanya ...he he he he

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI