MALANG sememangnya tidak berbau.
Demikian nasib yang menimpa seorang kanak-kanak lelaki yang terkorban akibat terjatuh dari tingkat enam di rumah kediamannya di Blok B PPR Kota Damansara petang tadi.
Kejadian kira-kira pukul 4 petang itu yang menimpa adik Mohammad Zulhazriq, 5, menggemparkan penduduk kawasan setempat.
Kejadian melibatkan kanak-kanak malang itu dikatakan berpunca dari kawasan bangunan kediaman berkenaan yang dikatakan tidak selamat hingga menyebabkan mangsa terjatuh daripada tingkat enam.
Insiden itu sekaligus mengundang simpati masyarakat Malaysia apabila keadaan mayat mangsa tersebar menerusi laman sosial, Facebook.
Pada masa yang sama, kononnya timbul persoalan mengapa pihak berkenaan seperti kerajaan negeri langsung tidak bertanggungjawab terhadap permasalahan yang dihadapi penduduk PPR berkenaan.
Lebih malang, insan tidak berdosa seperti ini yang menjadi mangsa kelalaian sikap sesetengah pihak.
Kanak-kanak itu dipercayai cedera parah di kepala dan anggota badannya ekoran mayatnya ditemui sudah berlumuran darah oleh penduduk setempat.
Insiden itu amat menyayat hati sesiapa sahaja yang melihatnya.
Kita doakan moga arwah adik Mohammad Zulhazriq dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan mereka yang bertanggungjawab dalam kes ini dibawa ke muka pengadilan… Al-Fatihah
budak umur 5 tahun maut jatuh tingkat 6 katanya angkara azmin ali..?...boleh salahkan pihak yang bertanggungjawab tapi jangan sampai menfitnah...!!!!
12:57 PG
banggunan
,
berita
,
budak
,
dalam negeri
,
jatuh
,
kemalangan
,
kuala lumpur
,
pihak berwajib
Edit
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI