nampak macam line clear....he he he
7:04 PTG
berita
,
dalam negeri
,
line clear
,
Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)
,
nasi kandar
,
perintah mahkamah
,
pulau pinang
Edit
Restoran nasi kandar Line Clear di Jalan Penang, George Town kini boleh beroperasi seperti biasa ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam yang menghalang MPPP mengambil tindakan terhadap restoran itu.
GEORGE TOWN – Operator yang mengendalikan restoran nasi kandar popular, Line Clear berjaya memperoleh perintah mahkamah untuk menghalang Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) daripada terus mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap restoran itu.
Peguam Md. Yusuf Md. Idris yang mewakili pengendali Line Clear, Abdul Hamid Seeni Pakir (gambar kecil) berkata, keputusan itu dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas pihaknya membuat permohonan semakan kehakiman berhubung keputusan penggiliran dan tindakan penguatkuasaan ke atas restoran tersebut yang dibuat MPPP pada 10 November tahun lalu.
“Pendengaran permohonan semakan yang difailkan sebelum ini dibuat hari ini (semalam) dan Mahkamah Tinggi memutuskan MPPP perlu menggantung tindakan penguatkuasaan dan penggiliran lesen tapak perniagaan yang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan itu sebelum ini berkuat kuasa serta-merta.
“Oleh sebab itu, sebarang tindakan penguatkuasaan yang mungkin dilaksanakan oleh MPPP terhadap Line Clear selepas ini boleh dianggap melanggar perintah mahkamah
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI