boneka boneka berhantu

Boneka-boneka ini bukan sembarangan boneka. Zahirnya, ia sekadar sebuah boneka, sebiji patung permainan kanak-kanak, namun terkandung 1001 misteri yang dikaitkan dengan unsur spiritual, sumpahan dan mistik sehingga menimbulkan gangguan yang tidak menyenangkan.

Pupa



Sebiji boneka, berbaju dan terlekat reben biru pada rambutnya dinamakan Pupa oleh pemiliknya, seorang wanita. Wanita itu menerima Pupa pada tahun 1920an, sewaktu berusia 6 tahun. Wanita ini cukup sayang dengan Pupa. Dia membesar bersama Pupa. Ke mana saja pergi, boneka itu sentiasa dibawanya.

Sewaktu Perang Dunia Kedua meletus, Pupa hampir saja musnah. Namun, bersama pemiliknya. Pupa melalui pelbagai perjalanan bermula dari Itali, kemudian ke Amerika dan pulang semula ke Itali, sebelum nelintas negara Eropah seterusnya kembali semula ke Amerika. Pupa bagaikan hidup !

Kononnya Pupa bole bergerak sendiri. Justeru tidak hairan bila Pupa diletakkan pada satu-satu tempat dan tidak lama kemudian, kedudukan Pupa berubah daripada kedudukan sebelumnya. Sehinggalah pemiliknya meninggal dunia pada tahun 2005, Pupa terus disimpan oleh waris tuannya.

Pupa diletakkan dalam sebuah kotak khas. Namun, seringkali kedengaran bunyi-bunyian aneh dari tempat penyimpanan Pupa. Pupa kerap membuat bising, seolah-olah minta dilepaskan dari tempat kurungannya itu. Malah, paling menghairankan, acap kali kedudukan Pupa dalam kotak itu berubah daripada kedudukan asalnya.

Okiku



Boneka berpakaian kimono dengan rambut lebat dan bermata hitam ini asalnya dibeli oleh seorang pemuda untuk adiknya, Okiku, yang baru berusia dua tahun pada tahun 1918. Boneka aneh ini turut diberi nama Okiku sempena nama kanak-kanak tersebut. Okiku amat menyukai boneka ini dan tidak lekang setiap hari bermain dengannya.

Tidak lama kemudian, Okiku meninggal dunia akibat diserang demam panas. Boneka Okiku itu diletakkan pada altar, tempat keluarga itu sembahyang dan berdoa. Anehnya, sejak itu rambut boneka itu mula bertambah panjang. Kajian berdasarkan ujian forensik terhadap rambut boneka itu mendapati folikel dalam rambut boneka Okiku sama seperti kanak-kanak berusia 10 tahun.

Sekonyong-konyongnya, timbullah cerita kononnya boneka ini ‘hidup’ kerana roh Okiku bersemadi dalam boneka tersebut. Pada 1938, apabila keluarga Okiku berpindah, boneka itu diserahkan ke sebuah kuil di Hokkaido. Menurut pendeta kuil tersebut, rambut boneka Okiku terus ‘hidup’ dan bertambah panjang hingga mereka terpaksa memotong rambutnya secara berkala.

Malah, kisah boneka Okiku ini telah memberi inspirasi pelbagai penghasilan filem seram Jepun seperti Haunted School.


Katja



Kita singkap pula boneka dari Russia bernama Katja. Boneka ini usianya ratusan tahun, kononnya dibuat sekitar tahun 1730an oleh seorang gundik raja. Kisahnya, si gundik itu hamil dan mengharapkan anak lelaki yang bakal dilahirkan lebih disayangi sang raja.

Malangnya, bayi yang lahir adalah perempuan dan wajahnya cacat pula. Taasub dengan kepercayaan bayi perempuan hanya membawa sial, lalu bayi itu dibakar hidup-hidup. Sisa abu dari bayi yang dibakar itu lalu dicampurkan dengan porselin dan tanah untuk dijadikan sebuah boneka yang kemudian dinamakan sebagai Katja.

Ia persis boneka sumpahan. Dikatakan mereka yang memandang Katja melebihi 20 saat, mata boneka ini akan berkerdip petanda Katja ‘menyumpah’ orang yang memandangnya. Selepas itu, berlakulah pelbagai kemalangan menimpa mereka yang telah menerima kerdipan daripada Katja.

Tidak tahu sejauh manakah kebenarannya, namun Katja dipercayai masih disimpan oleh waris pemiliknya di Russia turun temurun dan dijaga rapi agar tiada sesiapa yang terkena sumpahannya lagi.

Robert



Beralih kepada kisah Robert, sebuah boneka berpakaian laut yang memeluk teddy bear kecil di Florida, Amerika Syarikat. Tuannya bernama Eugene. Asalnya, Robert dihadiahkan oleh orang gaji keluarga Eugene pada tahun 1904 sewaktu Eugene masih kanak-kanak.

Sumber mengatakan boneka itu telah disumpah terlebih dahulu oleh orang gaji Eugene yang mengamalkan ilmu hitam kerana rasa tidak puas hati terhadap majikannya. Sebagai kanak-kanak, Eugene menyayangi boneka yang dinamakan Robert itu.

Ia salah satu boneka kesukaannya. Namun, sebulan selepas kehadiran Robert, gangguan aneh mula berlaku. Barang-barang dalam rumah tiba-tiba hilang dan ada yang rosak tanpa diketahui puncanya.

Setiap malam, seisi rumah terdengar bunyi orang berjalan dalam rumah Eugene. Lebih pelik apabila Eugene sering mendengar Eugene seperi berbual dengan seseorang. Bila ditanya, jawab Eugene dia berbual dengan Robert. Malah ada jiran tetangga yang sering ternampak kelibat boneka kecil yang bergerak sendiri dalam rumah Eugene sewaktu keluarga itu tiada di rumah.

Setelah Eugene meninggal dunia pada tahun 1974, Robert terus ditinggalkan dalam rumah itu sehinggalah pemilik baru membeli rumah tersebut. Keluarga itu mempunyai anak perempuan berusia 10 tahun. Beberapa hari selepas menduduki rumah itu, kanak-kanak itu mula menjerit pada waktu malam, mendakwa Robert ‘hidup’ dan bergerak-gerak sendiri di sekeliling biliknya.

Malah, kanak-kanak itu mendakwa Robert mahu menyerang dan membunuhnya. Akibat tidak tertahan dengan gangguan Robert, akhirnya bonek itu diserahkan kepada sebuah muzium. Sehingga kini, Robert terus setia menghuni Muzium Fort East Martello dan terus dihujani misteri.

Jika para pengunjung meletakkan gula-gula getah di luar kotak pameran, anehnya keesokan harinya didapati pembalut gula-gula getah itu akan berselerak di atas lantai manakala gula-gulanya habis dimakan. Peliknya siapa pula yang memakan gula-gula tersebut.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI