elak beli kenderaan secara online
Para pengguna dinasihatkan tidak membeli kenderaan terpakai melalui online mahupun menggunakan orang tengah bagi mengelak ditipu.
Jika anda berhasrat untuk membeli kereta terpakai secara online atau menggunakan orang tengah, niat itu perlu difikir beberapa kali.
Berdasarkan trend semasa, pembelian menggunakan kaedah itu banyak terdedah kepada penipuan. Tidak sampai dua bulan iaitu pada Disember lalu hingga penghujung bulan ini, sebanyak 40 kes dilaporkan oleh mangsa, justeru hal ini perlu diberi perhatian serius oleh pembeli di luar sana.
Rata-rata penjualan kereta secara online tidak menepati spesifikasi sebenar sesebuah kenderaan berikutan ia telah diubah bagi menarik perhatian pembeli. Kita boleh mengesan maklumat kereta terpakai yang dijual secara online itu tidak tepat.
Misalnya, penjual menyatakan kenderaan itu merupakan keluaran tahun 2008 tetapi setelah diperiksa, kenderaan tersebut sebenarnya adalah keluaran tahun 2006. Selain itu, harga jualan kereta terpakai menggunakan orang tengah juga dikesan lebih tinggi kerana mereka mahu kaut untung berlebihan.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI