nak mati pun susah...dah macam cina mampos...mahal cekik darah...ingat ini kedai tong ke...?



TERGAMAM kita melihat butiran harga yang dikenakan pihak pengurusan sebuah masjid bagi urusan pengebumian masyarakat Islam.

Gambar kertas yang memaparkan kos terkini bagi pengurusan jenazah itu, kini tersebar di laman sosial dan menjadi tanda tanya.

Rata-rata tidak menyangka kos bagi pengurusan pengebumian mencecah lebih daripada RM4,000...!

Masing-masing menyifatkan harga tersebut terlalu tinggi lebih-lebih lagi jika dikenakan pada keluarga yang kurang berkemampuan.

Kita sendiri tidak pasti sama ada kos pengurusan jenazah tersebut sememangnya diselaraskan atau berbeza mengikut masjid.

Tapi kalau disemak semula harga, antara yang mahal adalah upah membaca al-Quran di tanah perkuburan dan di rumah. Sebenarnya, ini bukan kos yang perlu dikeluarkan kerana paling afdal jika anak si mati sahaja yang mengaji untuk disedekahkan kepada arwah bukannya orang lain.

Pun begitu tidak dapat dinafikan, urusan pengebumian bukanlah mudah kerana ia melibatkan soal agama, kemahiran, pengalaman, penat lelah pihak khariah yang terlibat mengendalikan jenazah dan bermacam-macam lagi.

Apa pun, sebagai penyelesaian ada yang memberi  nasihat agar menyertai khairat kematian yang terdapat di masjid dan surau berhampiran kita bagi memudah dan mengurangkan kos pengurusan jenazah bila kita atau ahli keluarga dijemput Ilahi kelak.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI