guru dipukul pelajar hanya kerana telefon bimbit



NEW JERSEY – Gara-gara marahkan gurunya yang merampas telefon bimbit, seorang remaja bertindak ganas apabila `bergusti’ dengan guru sendiri.

Pelajar itu yang berusia 16 tahun, hilang kawalan terhadap guru Fiziknya yang berusia 62 tahun di sekolah tinggi John F. Kennedy.

Video pergelutan itu sempat dirakamkan pelajar di kelas terbabit. Ia memperlihatkan pelajar itu memegang pinggang gurunya dan menghempas lelaki itu ke atas meja.

Sementara pelajar lain hanya mampu menjerit kerana terkejut tetapi tidak seorang pun cuba menghentikan perbuatan kurang ajar rakan sekelas mereka itu.

Pelajar terbabit digantung sekolah dan turut didakwa kerana mengakibatkan kecederaan.

Dalam pada itu, seorang bekas guru di sekolah yang sama, Lee McNulty, berkata, guru terbabit tidak melakukan sesuatu ketika dipukul.

“Adalah jelas bahawa golongan guru takut kehilangan pekerjaan, justeru mereka tidak boleh memukul semula pelajar,” katanya.

Persatuan guru dilaporkan kecewa kerana pelajar lain tidak membantu guru terbabit.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI