bayi dilahirkan tanpa mata


ARIZONA – Ketika Richie dilahirkan, jururawat di sebuah hospital menyangka bayi lelaki itu tidak dapat membuka mata akibat mukanya yang membengkak.

Namun selepas 13 hari barulah rahsia sebenar terbongkar, Richie rupanya dilahirkan tanpa mata.

Ibunya, Kelly Lopez sebelum ini mengandung secara normal dan selepas Richie gagal membuka mata, dia berasa bimbang lalu satu imbasan MRI dilakukan.

Selepas ujian itu dijalankan barulah Richie dikenalpasti menghidap penyakit yang amat jarang dihidap individu lain iaitu Anophthalmia.
Namun Lopez tidak berputus asa dan berharap agar sainstis dan pakar perubatan dapat mengubati keadaan anaknya kelak menerusi kemajuan sains dan teknologi.

“Ia merupakan satu penemuan yang dramatik. Ketika kami meninggalkan hospital, saya dapat rasakan setiap jururawat menangis bersama kami,’’ kata Lopez.

Richie yang kini berusia tiga bulan bagaimanapun menjalani satu pembedahan untuk membuat soket mata, supaya pada masa depan dia dapat menggunakan anak mata prosthetic.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI