ingatkan batang kayu...rupanya buaya



ANGGOTA JPAM menunjukkan seekor buaya yang ditangkap di dalam longkang di Taman Sumber Alam Sanctuary, Semariang, Kuchingkelmarin.

KUCHING – “Pada mulanya saya sangkakan objek itu batang kayu, namun apabila diamati barulah saya sedar objek tersebut seekor buaya tembaga.”

Begitu cerita penduduk yang ingin dikenali sebagai Azman, 40, selepas menjumpai buaya sepanjang kira-kira 2.1 meter di dalam longkang di Taman Sumber Alam Sanctuary, Semariang di sini semalam.

Azman memberitahu, dia segera memanggil rakannya untuk merakam kejadian tersebut sebelum menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Katanya, sebelum itu, mereka yang sedang duduk di kawasan berhampiran terdengar bunyi percikan air yang kuat datang dari arah longkang tersebut.

“Kami ingatkan bunyi itu akibat kayu yang patah, tetapi apabila dilihat, rupa-rupanya ia seekor buaya,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sementara itu, Pegawai JPAM Kuching, Shaiful Azril Zainal berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan penemuan reptilia ganas itu pada pukul 10.25 pagi.

Menurut beliau, pihak­nya menggunakan tali dan guni untuk menangkap buaya seberat kira-kira 100 kilogram.

“Sang bedal ini dipercayai sesat dari Sungai Semariang ketika banjir akibat air pasang besar (kelmarin),” ujarnya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI