whatsapp halang akses kepada pihak ketiga termasuk whatsapp plus





WhatsApp merupakan salah satu perkhidmatan permesejan popular, dan pada platform Android, terdapat beberapa klien pihak ketiga yang perlu dipasang secara manual – dan salah satu yang popular adalah WhatsApp Plus.

Terkini, pihak WhatsApp dilihat telah mula mengambil tindakan untuk menghalang akses secara sementara (temporary-ban) untuk beberapa aplikasi, dan salah satunya adalah WhatsApp Plus. Buat masa ini, beberapa pengguna yang terlibat dilihat dihalang akses selama 24 jam daripada menggunakan perkhidmatan WhatsApp jika menggunakan klien pihak ketiga.

WhatsApp mengatakan perkara ini berkait dengan sekuriti, dimana mereka tidak menjamin sebarang perkara apabila menggunakan klien seperti WhatsApp Plus, dan turut mengatakan WhatsApp Plus mungkin turut mengakses data peribadi anda memandangkan ia merupakan klien pihak ketiga.

Perkara ini mungkin telah sedia dijangka oleh beberapa pengguna, malah mungkin pihak WhatsApp Plus sendiri memandangkan ia menggunakan infrastruktur WhatsApp tanpa kebenaran, apatah lagi memandangkan aplikasi tersebut yang tidak disenaraikan pada Google Play Store.

Bagi anda yang menggunakan WhatsApp Plus, mungkin boleh mengambil langkah tertentu untuk mengelakkan akaun anda daripada dikenakan halangan akses sementara – dan kekal lebih selamat dengan menggunakan klien rasmi WhatsApp.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI