permainan yahudi israel...kakitangan awam palestin tiada gaji sejak disember 2014 ..pun masih ada lidah yahudi israel di negara ini...!!!
4:17 PTG
barua yahudi
,
gaji
,
kerajaan pro yahudi
,
luar negara
,
palestine
,
pro yahudi
,
tiada
Edit
RAMALLAH, Tebing Barat – Kakitangan awam di Palestin kehabisan wang selepas Israel membekukan dana bagi menghukum tindakan Palestin menyertai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) baru-baru ini.
Seorang guru besar, Abdelhakim Abu Jamus tiada wang langsung bagi membeli makanan untuk lapan anggota keluarganya selepas memberikan duit belanja sekolah anak perempuannya.
Abdelhakim dan beribu-ribu kakitangan awam Palestin tidak dibayar gaji sejak Disember lalu selepas Israel menggantung hasil cukai berjumlah berjuta-juta dolar yang sepatutnya dipindahkan kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA).
“Saya memberi baki wang terakhir saya kepada anak perempuan saya dan kini saya tidak tahu bagaimana kami akan menjalani kehidupan esok,” kata Abdelhakim yang menyelia sebuah sekolah di sini.
Pada 2 Januari lalu, Palestin mengemukakan permohonan rasmi untuk menyertai ICC di The Hague sebagai langkah pertama mendakwa Israel kerana jenayah perang.
Berang dengan tindakan Palestin, rejim Zionis menyekat hasil cukai berjumlah AS$217 juta (RM784 juta) yang biasa dipindahkan kepada PA.
Di bawah satu perjanjian ekonomi pada 1994, Israel perlu memindahkan berpuluh-puluh juta dolar pada setiap bulan kepada PA. Ia merupakan cukai barang-barang yang tiba di pelabuhan-pelabuhan Israel untuk pasaran Palestin.
Walaupun sekatan itu telah beberapa kali dilaksanakan tetapi ia jarang berlanjutan lebih sebulan kecuali pada 2006 apabila Hamas memenangi pilihan raya tempatan di Genting Gaza.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI