tinggal kenangan sekolah hamil ali rustam...kurang sambutan...mereka lebih suka sumbat bayi baru lahir dalam mangkuk tandas
4:07 PTG
ali rustam
,
baru lahir
,
bayi
,
berita
,
dalam negeri
,
kejam
,
lubang tandas
,
sarawak
,
sekolah hamil
,
sumbat
Edit
ANGGOTA bomba mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan mayat seorang bayi yang disumbat di dalam lubang mangkuk tandas di Bintulu semalam.
cita cita membuka sekolah hamil pertama di negeri...hanya omong kosong...bekas ketua menteri melaka suatu masa dulu...!!!
BINTULU – Tidak berperikemanusiaan. Itulah ungkapan paling tepat menggambarkan perbuatan individu tidak bertanggungjawab yang bukan sahaja sanggup membuang, bahkan menyumbat mayat bayi lelaki baru dilahirkan yang dipercayai sudah meninggal dunia ke dalam lubang mangkuk tandas.
Lebih mengejutkan perbuatan kejam tersebut berlaku di sebuah institusi pengajian tinggi awam di sini semalam.
Menurut sumber, mayat bayi yang cukup sifatnya itu ditemui seorang wanita ketika mahu menggunakan tandas asrama perempuan berkenaan kira-kira pukul 8 pagi.
Katanya, mayat bayi malang berkenaan ditemui dalam keadaan tanpa seurat benang dengan masih mempunyai tali pusat dan berdarah.
“Siasatan awal tidak menolak kemungkinan proses kelahiran bayi itu berlaku di dalam tandas tersebut berdasarkan penemuan kesan darah di tempat kejadian.
“Mayat bayi tersebut juga dipercayai disumbat ke dalam lubang mangkuk tandas cangkung tersebut dalam tempoh kurang 12 jam sebelum ia ditemui,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Mengulas lanjut, usaha sedang dijalankan bagi mengenal pasti identiti ibu bayi malang berkenaan dan setakat ini belum ada sebarang tangkapan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Abdul Razak Mohammad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes tersebut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran atau pembuangan bayi yang telah mati.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI